• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Buat ‘Post-Mortem’ Kenal Pasti Punca Banjir

oleh Ahmad Albab
30/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kerajaan akan membuat ‘post-mortem’ secara mendalam bagi mengenal pasti punca sebenar banjir luar biasa khususnya di Pantai Timur setelah situasi banjir kembali pulih, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Beliau berkata kajian itu akan meliputi banyak faktor termasuk perubahan cuaca, penerokaan dan pencerobohan hutan, penarahan bukit selain kekurangan infrastruktur mengalihkan air ke laut.

“Nanti selepas banjir (surut), kita buat post-mortem secara mendalam (kenal pasti) punca-punca keadaaan banjir berlaku,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat tentang penghantaran bantuan banjir ke Pantai Timur di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata operasi mengangkut hasil sumbangan bantuan banjir berjalan lancar meskipun terdapat kekangan dari segi aset dan sebagainya.

Katanya, selain tenaga pihak awam, swasta dan anggota tentera, tenaga syarikat penerbangan seperti AirAsia dan Malaysia Airlines Cargo Sdn Bhd(MASkargo) turut digembleng bagi memastikan semua barangan sampai kepada mangsa banjir mengikut keperluan.

“Saya juga cukup terharu dengan sokongan rakyat sebab mengikut laporan diterima, banyak barangan dihantar kepada mangsa banjir datang daripada pelbagai pihak di seluruh negara,” katanya.

Muhyiddin berkata pihaknya dimaklumkan sehingga kini sebanyak 200 metrik tan bantuan banjir termasuk bekalan barangan makanan dan minuman dihantar bagi mangsa banjir dari Pangkalan TUDM, Subang di sini yang diaktifkan sebagai Pusat Pengumpulan Pembekalan Makanan mangsa banjir yang beroperasi 24 jam.

Beliau berkata buat masa ini keutamaan diberikan bagi penghantaran bantuan makanan dan perubatan yang diperlukan hospital di kawasan terlibat banjir dan menurutnya bantuan pakaian yang disumbangkan pelbagai pihak hanya akan dihantar setelah keadaan banjir kembali pulih.

Terdahulu, Muhyiddin melawat Pusat Pengumpulan Pembekalan Makanan mangsa banjir di TUDM dan menerima sumbangan bantuan banjir dalam bentuk replika cek berjumlah RM1 juta daripada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad Datuk Teh Kean Ming. – BERNAMA

muhyiddin yassin melawat mangsa banjir

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd