• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Kekal Akta Hasutan 1948 Muktamad

oleh Ahmad Albab
06/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTULU – Malaysia berhak membuat sebarang keputusan demi kepentingan keselamatan dan keamanan negara termasuk mengekalkan undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan 1948, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan mengekalkan akta itu adalah muktamad dan tidak perlu dikaji semula memandangkan ia telah dibincang dengan teliti serta mendapat pandangan semua pihak.

“Pihak luar tidak perlu campur tangan dalam hal ini,” katanya selepas merasmikan perhimpunan agung tri-tahunan Parti Progresif Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) di sini hari ini.

Malaysia, tegas beliau, tidak pernah campur tangan isu dalaman negara luar dan mahu negara luar menghormati pendirian Malaysia sekarang.

Muhyiddin mengulas kritikan daripada pelbagai pihak antaranya Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia Joseph Kahn yang mengkritik keputusan kerajaan itu.

Pada 27 Nov lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dengan mengambil kira pandangan rakyat, Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan memasukkan dua peruntukan khas bagi mengukuhkan lagi akta itu.

Katanya kedua-dua peruntukan khas itu bertujuan melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

“Akta Hasutan akan terus dikekalkan. Malah akan dipertahan, diperkuat dan diperkukuhkan,” tegas Najib.- BERNAMA

Tags: Akta Hasutan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hotel YT Midtown Peruntuk RM5 Juta Bagi Pengubahsuaian

Next Post

MH17: Penglibatan M’sia Dapat Bantu Siasatan Lebih Terperinci

Related Posts

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

04/09/2023
0

Polis akan mencadangkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menuduh Presiden PAS Abdul Hadi Awang bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan...

Ahli DAP Paloh Direman Tiga Hari Bawah Akta Hasutan

11/04/2022
0

Seorang ahli DAP bahagian Paloh ditahan di rumahnya lewat tengah malam tadi kerana didakwa menghasut melalui kiriman Facebook yang dibuat...

Next Post

MH17: Penglibatan M'sia Dapat Bantu Siasatan Lebih Terperinci

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd