• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Belasungkawa Dari Syarikat Penerbangan AirAsia

oleh Ahmad Albab
31/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui laman media sosial Facebook rasminya, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia memuat naik satu kenyataan tanda simpati terhadap insiden kecelakaan pesawat QZ8501 yang berakhir di Perairan Karimata.

Untitled (4)

“Dengan dukacitanya, Air Asia Indonesia ingin memaklumkan bahawa Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) memaklumkan bahawa penemuan serpihan pesawat awal hari ini merupakan milik QZ8501, pesawat yang dilaporkan gagal dihubungi menara kawalan trafik udara pada pagi 28 Disember lalu.

Serpihan tersebut telah ditemui di perairan Karimata, kira-kira 110 batu nautika dari selatan barat Pangkalan Bun. Pesawat tersebut merupakan jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC. Terdapat sejumlah 155 orang penumpang yang terdiri dari 137 dewasa, 17 kanak-kanak dan seorang bayi. Dalam penerbangan itu, 2 juruterbang, empat kru kabin dan seorang jurutera bertugas.

Pada ketika ini, operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan  dan siasatan lanjut akan dilakukan terhadap serpihan pesawat yang ditemui sedang dilakukan. Kakitangan Air Asia Indonesia dikerah ke lokasi dan akan bekerjasama dengan BASARNAS, Ahli Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSC) dan pihak berkuasa lain.”

Untitled (5)

“Sunu Widyatmoko, CEO AirAsia Indonesia berkata, “Pada hari ini, kami amat bersimpati di atas tagedi yang menimpa mangsa. Kami ingin menzahirkan rasa simpati kepada keluarga dan sahabat handai kepada mangsa QZ8501. Rasa simpati tersebut kami panjangkan kepada ahli keluarga rakan sekerja kami.

Tony Fernandes, CEO Kumpulan Air Asia menambah, “Saya sangat terkejut dengan kejadian ini. Ia merupakan detik paling sukar buat kita semua di AirAsia dan kita sedang menunggu perkembangan operasi mncari dan menyelamat namun, keutamaan kami kini adalah kondisi ahli keluarga penumpang QZ8501.

AirAsia Indonesia akan membawa ahli keluarga ke Surabaya di mana sekumpulan pakar akan disediakan untuk setiap ahli keluarga bagi menjaga kebajikan mereka. Kaunselor, ahli agama dan penasihat akan dijemput ke pusat pengumpulan ah keluarga bagi menjalankan khidmat mereka.

Maklumat akan terus disalurkan dari semasa ke semasa. Pusat panggilan kecemasan kini diwujudkan buat ahli keluarga yang ingin mengetahui perkembangan lanjut. ”

Takziah buat ahli keluarga dan sahabat handai penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501. – MYNEWSHUB.CC

 

Proses Menaikkan Jasad Penumpang Tragedi Pesawat AirAsia QZ8501

https://www.youtube.com/watch?v=l3ETHmlILQ4

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

Tags: AirAsia IndonesiaNahas PesawatTONY FERNANDES
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd