• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kencing Tikus: Elak Mandi Di Kawasan Air Terjun

oleh Ahmad Albab
08/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mandi di kawasan air terjun di Kedah buat sementara ini berikutan peningkatan kes jangkitan kencing tikus yang boleh menyebabkan maut.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong berkata kes jangkitan kencing tikus atau leptospirosis semakin banyak dikesan di kalangan mereka yang pernah mengunjungi kawasan air terjun.

“Buat masa sekarang, saya nasihatkan orang ramai supaya elakkan daripada mandi di kawasan air terjun.

“Jika hendak mandi, mereka boleh ke hotel-hotel yang menyediakan kolam renang yang kebersihan sentiasa dipantau,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dr Leong berkata kes ini semakin menjadi sejak tiga tahun kebelakangan ini dan banyak aspek yang boleh menjadi penyumbang kepada perkara ini.

“Sejak kebelakangan ini sering berlaku hujan lebat dan banjir kilat jadi kita tidak tahu bahan apa yang telah mencemari air itu dan keadaan cuaca ini boleh menjadi salah satu punca kepada penyebaran virus kencing tikus,” katanya.

Beliau berkata jumlah pengunjung ke kawasan air terjun semakin bertambah dan ini sekaligus telah menyebabkan jumlah sampah (sisa makanan) yang dibuang semakin bertambah, yang menjadi punca kehadiran semakin banyak tikus.

“Binatang-binatang seperti tikus yang sebelum ini mencari makan di dalam hutan akan keluar untuk mencari sisa-sisa makanan yang ditinggalkan pengunjung,” kata beliau.

Katanya masalah berkaitan tikus ini tidak dapat dielakkan dan ini boleh dilihat pada jumlah tikus yang berkeliaran di kawasan-kawasan medan selera.

Beliau berkata virus kencing tikus ini akan menjadi cabaran besar kepada negeri Kedah.

Perbincangan akan dijalankan bersama Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perhutanan bagi menangani masalah ini, kata Dr Leong.

Dua hari lepas, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dari Taman Pinang Merah, Bukit Pinang dekat sini, Amirah Maisarah Zir Omar Khan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), disyaki akibat jangkitan kencing tikus.

Difahamkan kanak-kanak itu dan dua adik perempuannya serta ibu bapa mereka telah pergi ke sebuah pusat rekreasi air di Yan untuk mandi-manda.

Adik mangsa, Nur Syazana, 5, disahkan positif jangkitan kencing tikus oleh sebuah pusat perubatan swasta dan masih dirawat di HSB manakala seorang lagi adiknya, Zaharah Alisa, 3, dan ibu mereka Siti Zaleha Ramlan, 32, mengalami demam.

Sementara itu, sampel darah Amirah Maisarah dihantar ke makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur untuk dibuat ujian pengesahan jangkitan leptospirosis.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata keputusan ujian pengesahan itu akan diketahui dalam tempoh seminggu.

Katanya, dua lagi adik mangsa, Nur Syazana, 5, dan Zaharah Alisa, 3, masih dirawat di HSB kerana mengalami simptom demam yang sama seperti arwah kakak mereka.

“Adik mangsa yang berusia lima tahun yang mengadu demam, batuk, selesema dan muntah kini dirawat di wad kanak-kanak HSB dan berada dalam keadaan stabil setelah diberi rawatan antibiotik,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, ujian darah Nur Syazana yang sebelum ini disahkan positif jangkitan kencing tikus oleh sebuah pusat perubatan swasta adalah “inconclusive” dan telah dihantar ke IMR untuk pengesahan.

“Adik mangsa yang berusia tiga tahun juga sedang dirawat di hospital yang sama kerana mengalami demam panas dan rawatan antibiotik telah mula diberikan.

“Ujian awal menunjukkan Zaharah Alisa dijangkiti leptospirosis dan sampel darah turut dihantar ke IMR untuk ujian pengesahan”. – BERNAMA

Tags: Kencing tikus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Curi Wang RM24.2 Juta: Pemegang Akaun Terjejas Perlu Dapat Bayaran Balik Segera – BNM

Kedah Rekod 105 Kes Kencing Tikus, Satu Kematian

21/06/2024
0

ALOR SETAR: Kedah merekodkan sejumlah 105 kes jangkitan leptospirosis atau kencing tikus sehingga Minggu Epidemiologi ke-23 iaitu antara tempoh Januari...

Tiada Laporan Air Tebu Tercemar Kencing Tikus

23/05/2018
0

JERANTUT - Penggemar air tebu di negeri ini tidak perlu bimbang untuk membeli minuman itu di bazar Ramadan kerana tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd