• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejam!! Orangutan Mati Dengan 40 Kesan Peluru Pada Tubuh

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Terkini, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seekor orangutan ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Borneo dengan 40 kesan tembakan senapang angin pada tubuhnya, dedah pertubuhan perlindungan haiwan, Borneo Orangutan Survival Foundation.

Orangutan betina itu dikatakan ditemui rabu lalu dalam keadaan kritikal sebelum mati dalam ladang kelapa sawit yang terletak di Kalimantan Tengah, membuktikan bahawa perbuatan membunuh spesis terancam ini masih berterusan.

Orangutan merupakan spesis terancam apabila bilangannya berkurang secara mendadak ekoran kegiatan penebangan hutan bagi membuka ladang kelapa sawit dan tanaman kertas yang berleluasa.

Keputusan X-ray menunjukkan yang menunjukkan liang peluru pada tubuh otang utan yang ditemui mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kalimantan Tengah, Rabu lalu.
Keputusan X-ray menunjukkan liang peluru pada tubuh otangutan yang ditemui mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kalimantan Tengah, Rabu lalu.

“Keputusan x-ray menunjukkan terdapat 10 peluru pada kepala, 8 di kaki kiri dan pelvis, 18 pada kaki kanan dan pelvis serta 6 lagi di bahagian dada dan tangan kanan,” dedah pertubuhan tersebut dalam satu kenyataan akhbar.

Difahamkan, bahagian kaki kanan sebelah atas haiwan primat tersebut turut didapati patah dan terdapat luka berulat padanya selain badan yang kurus kering kerana tidak makan dalam tempoh lama.

Orangutan itu dipercayai diperlakukan dengan kejam tiga hari sebelum ia ditemui.

Antara kekejaman terhadap orangutan yang dikesan dilakukan sesetengah penduduk kampung.
Antara bukti kekejaman terhadap orangutan yang harus diambil serius sebelum spesis ini lenyap selama-lamanya.

Menerusi pendedahan ini pertubuhan tersebut berharap komitmen dan tindakan tegas diambil baik oleh pihak kerajaan mahu pun sektor swasta untuk melindungi spesis orangutan sebelum ia terus pupus. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: REM RAMZI
Sumber: AFP

Video di atas memaparkan gelagat comel anak orangutan yang takutkan monyet selepas ditinggalkan buat kali pertama dalam hutan selepas lama hidup terkurung.

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Semoga Syurga Menanti Brother Amin”

“Semoga Syurga Menanti Brother Amin”

19/05/2026
0

Oleh Mynewshub  SAN DIEGO – Seorang pengawal keselamatan dikenali sebagai Amin Abdullah yang terkorban dalam serangan tembakan di Pusat Islam...

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - “Budak yang PMX sebut ini, kita orang kat Johor dah kenal sangat dah. Budak itulah yang selalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd