• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Korban Pertama Banjir Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
20/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BARU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan menjadi mangsa korban pertama banjir yang melanda pantai timur.

Kanak-kanak malang itu, terlepas daripada pelukan ibunya menyebabkan dia terjatuh dan dihanyutkan arus deras ketika sedang dibawa ke pusat pemindahan, pada Khamis.

Sehingga berita ini ditulis, mayat Nor Adriana Adila Asrol Afendi masih belum ditemui.

Ketua Polis Kelantan, Timbalan Komisioner Datuk Mazlan Lazim berkata insiden tersebut berlaku pada pukul 3 pagi ketika ibu Adriana Adila, 34, bersama-sama tiga anaknya berusia tujuh, lapan dan 16 tahun sedang meredah air banjir separas pinggang.

Mereka sedang bergerak ke pusat pemindahan berhampiran di Kampung Pertang, Kuala Krai.

“Wanita berkenaan mungkin tergelincir ketika cuba meredah air banjir, menyebabkan anaknya dihanyutkan arus deras,” kata Mazlan kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh di sini, Khamis.

Banjir tersebut didapati meragut nyawa seorang lagi mangsa, apabila penduduk kampung menemui mayat seorang pekerja kedai, Baharom Mohammad,34, terapung di Kampung Lepa Limbat di sini.

Mangsa yang menghidap penyakit epilepsi ditemui Mohd Asraf Seria yang pada awalnya menyangkakan mayat berkenaan patung yang terapung.

Banjir gelombang kedua yang melanda Kelantan, Terengganu dan Pahang menyebabkan lebih 12, 000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan.

Air di kebanyakan sungai utama naik melebihi paras bahaya hingga melimpah ke jalan raya terutama di Kelantan, menyebabkan beberapa jalan terpaksa ditutup kerana berbahaya kepada semua kenderaan.

Setakat lewat malam Khamis, lebih 6,700 orang telah dipindahkan di Kelantan, 4,600 orang di Terengganu dan 825 orang di Pahang.

Daerah Pasir Mas terjejas teruk dengan semua jalan menghala ke pusat pemindahan terputus hubungan kerana banjir teruk dan bekalan makanan serta bantuan keperluan kepada mangsa banjir terpaksa dihantar melalui udara ke pusat pemindahan yang terjejas.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata banjir yang melanda daerah Pasir Mas merupakan yang terburuk setakat ini.

Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Kelantan berkata sehingga semalam laluan trafik di tujuh daerah di Kelantan terpaksa ditutup daripada semua jenis kenderaan.

Ia termasuk Jalan Chiku-Aring di (12 sepanjang 12 kilometer di Gua Musang, Jalan Sungai Durian (4 kilometer, Jalan Bukit Sireh (2 kilometer) di Kuala Krai, Jalan Machang-Pangkal Meleret (8 kilometer), Jalan Kampung Pek-Paloh Rawa (7 kilometer) dan Jalan Kubor China-Temangan (6 kilometer).

Perkhidmatan keretapi antara banjir juga terjejas akibat banjir apabila ada antaranya terpaksa dibatalkan ekoran banjir yang semakin buruk di laluan pantai timur.

Landasan keretapi di kilometer 490 dan kilometer 493 antara Tanah Merah dan Pasir Mas di Kelantan ditenggelami air, menyebabkan perkhidmatan tren no.7 (ulang alik Gua Musang-Tumpat), no.71 (ulang alik Tumpat-Gua Musang) serta no.28 (Ekspres Wau Kuala Lumpur Sentral-Tumpat) terjejas. – mStar Online

Tags: bayikanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd