• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Tiket ‘Online’ Diteruskan Hingga 6pm Rabu

oleh Ahmad Albab
17/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiket perlawanan akhir kedua bola sepak Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Bukit Jalil masih dijual dalam talian hingga 6 petang esok, kata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Memandangkan sambutan jualan atas talian amat menggalakkan, kita memutuskan untuk meneruskan jualan secara dalam talian sehingga 6 petang esok,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM Datuk S.Sivasundram.

Sejumlah 27,000 tiket telah terjual, iaitu melebihi kuota asal 20,000 tiket yang ditetapkan untuk jualan dalam talian, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan FAM di Stadium Bukit Jalil di sini hari ini.

Jualan tiket dalam talian mula dijual pada 9 pagi, 14 Dis lepas menerusi www.tickethotline.com.my.

Katanya, penonton boleh mula menebus tiket berkenaan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 pagi hingga 7 petang esok manakala kaunter penjualan tiket akan mula dibuka pada Khamis, 9 pagi hingga 6 petang dan sehingga sepak mula pada 8 malam 20 Dis ini.

FAM turut menjangkakan kehadiran antara 5,000 hingga 6,000 penyokong Thailand membanjiri Stadium Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada pasukan Gajah Putih itu.

“FAM telah memperuntukkan 2,500 tiket seperti yang diminta oleh Persatuan Bola Sepak Thailand, tapi kita menjangkakan sambutan bertambah daripada penyokong Thailand yang berada di sini,” katanya.

Perlawanan akhir pertama akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok pukul 8 malam esok. – BERNAMA

Tags: Piala Suzuki AFF
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe Gesa Tiada Kesilapan Mudah Bertemu Vietnam

12/12/2021
0

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan kesilapan mudah sewaktu berdepan Vietnam dalam aksi...

Kenangan Semi Final Piala AFF 2014 Di Hanoi Jadi Inspirasi Farizal

14/12/2018
0

HANOI – Istilah yang selalu didengari dalam bola sepak, ‘bola itu bulat, macam-macam boleh jadi’. Itulah yang berlaku pada kejohanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd