• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Kenderaan 55,313 Unit Pada November

oleh Ahmad Albab
22/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jualan kenderaan penumpang dan komersial pada November 2014 meningkat kepada 55,313 unit berbanding 52,252 unit bagi tempoh sama tahun lalu, mengikut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Segmen kenderaan penumpang mencatat jualan lebih tinggi sebanyak 48,622 unit pada bulan itu, berbanding 45,749 unit bagi bulan sama tahun lalu.

“Jualan kenderaan komersial naik kepada 6,691 unit pada November 2014 berbanding 6,503 unit dicatatkan bagi tempoh sama pada 2013,” kata MAA dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jumlah jualan pada November 2014 meningkat 5.9 peratus atau 3,061 unit, berbanding tempoh sama pada 2013.
Dalam pada itu, jualan pada November 2014 naik 2.1 peratus atau 1,126 unit berbanding Oktober 2014 berikutan kempen promosi akhir tahun dan pelancaran model baharu.

Mengikut persatuan itu, jumlah pengeluaran bagi kedua-dua segmen merosot kepada 47,422 unit berbanding 54,003 unit bagi tempoh sama tahun lalu.

Mengenai prospek, MAA berkata, jumlah jualan bagi Disember 2014 dijangka lebih tinggi berbanding November 2014 berikutan kempen promosi agresif secara berterusan oleh syarikat kereta. – BERNAMA

Tags: Kenderaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

19/03/2025
1

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak menjelang Aidilfitri di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd