KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga A di Australia dalam tempoh terdekat.
Laman Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Johor Southern Tigers menyebut, perlawanan persahabatan itu sebagai persiapan menghadapi musim 2015.
“Pasukan JDT akan membuat persiapan menghadapi musim 2015 dengan mengadakan perlawanan persahabatan di Australia.
“Perlawanan persahabatan tersebut akan diadakan pada awal Januari 2015 melibatkan dua pasukan Liga A Australia dan dua pasukan kebangsaan dari negara Asia,” kata PBNJ hari ini.
PBNJ dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada pemain Harimau Selatan, Safiq Rahim kerana dipilih sebagai ‘South East Asia Player of The Week’ melalui laman web popular berkatan sukan bola sepak, Goal.com. – mynewshub.cc