• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jauhi Fahaman Melampau Demi Keamanan Negara – TPM

oleh Ahmad Albab
10/12/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keamanan dan keharmonian negara boleh terus dipelihara sekiranya umat Islam menjauhi sikap dan fahaman melampau, serta mengekalkan adab dalam berselisih pendapat.

Timbalan Perdana Menteri berkata oleh itu, umat Islam perlu menjadikan golongan ulama, ahli akademik dan cerdik pandai Islam sebagai contoh teladan dalam mencapai matlamat itu.

“Golongan ini perlu dijadikan contoh dalam mendukung semangat musyawarah, bertukar-tukar fikiran dan berdialog dalam menyelesaikan isu berkaitan umat Islam.

MENARIK – Muhyiddin Pikat Pelabur China Dengan Kelebihan Malaysia

“Ini kerana pertelingkahan sesama umat Islam mutakhir ini boleh dikatakan timbul kerana perbezaan pendapat sehingga menjadi kekacauan yang merungsingkan dan perbalahan yang merosakkan,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian semasa berucap merasmikan Seminar Pemikiran Islam IV di Universiti Malaya (UM) di sini, hari ini. Turut hadir Naib Canselor UM Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin.

Muhyiddin berkata umat Islam juga perlu kembali kepada panduan agama seperti Al-Quran dan Sunnah apabila berselisih pendapat untuk kebaikan bersama dalam melahirkan generasi umat Islam yang cemerlang, cintakan keharmonian dan kedamaian.

Menurutnya umat Islam perlu berwaspada dengan kemunculan pelbagai fahaman melampau dalam kepercayaan dan amalan agama boleh mencetuskan persengketaan sesama mereka sekiranya tidak dibendung.

Fahaman melampau itu menggalakkan budaya ekstremisme, permusuhan, keganasan atas nama Islam, budaya bebas tanpa batasan, liberalisme dan pluralisme agama, katanya.

“Saya percaya prinsip wasatiyyah (kesederhanaan) jugalah yang menjadi paksi kesatuan dan kekuatan umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

“Prinsip dan semangat ini bukan sahaja perlu dihayati umat Islam bahkan penganut agama-agama lain demi keseimbangan dan keharmonian dalam hubungan sesama manusia yang amat ditekankan semua agama.

“Selagi kita tidak bersifat ekstrem, kita akan mampu menjernihkan pemikiran dengan sikap yang positif dan menghargai insan lain seterusnya mengekalkan keharmonian, keamanan dan kestabilan negara kita,” kata beliau. – BERNAMA

Video – Ustaz Fathul Bari Berkenaan Fahaman Liberal Dan Pluralisme

Tags: rakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

16/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang melancong ke Eropah melalui India akan dikenakan saringan tambahan oleh pihak berkuasa sempadan Eropah sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd