• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terima Pingat Dari Naning – Ketua Menteri Melaka

oleh Ahmad Albab
04/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, tindakan tegas bakal dikenakan terhadap individu termasuk penjawat awam dan pemimpin masyarakat yang menerima darjah dan pingat daripada Lembaga Adat Naning.

Tambah beliau lagi, pihaknya telah mengarahkan pengwujudan sebuah jawatankuasa khas, bagi meyemak senarai penjawat awam, sidang dan penghulu yang telah menerima anugerah tersebut.

“Mereka akan disoal siasat dan perlu mengemukakan surat tunjuk sebab, sebelum diambil tindakan lanjut,” ujar beliau.

Tegas beliau lagi, kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur lagi dengan mana-mana pihak yang cuba mencemarkan struktur pentadbiran negeri Melaka.

“Peringkat awalnya kita kategorikan ia (Lembaga Adat Naning) sebagai program adat, tapi kita terpaksa mengambil tindakan tegas, kerana ia sudah sampai ke tahap mencemar struktur adat negeri, iaitu menganugerahkan pingat-pingat datuk naning…kegiatan ini perlu dikekang.”

Menurutnya, jawatankuasa tersebut akan diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar dan dibantu oleh Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka, Datuk Latipah Omar serta Timbalan Exco Pembangunan Belia dan Warisan, Datuk Norpipah Abdol.

imageResize

Sehubungan itu, Idris memohon orang ramai agar tidak terlalu ghairah untuk memiliki darjah mahupun pingat yang dikurniakan oleh lembaga berkenaan kerana ia tidak diiktiraf kerajaan negeri.

Mengimbas kembali, tiga anak seni tempatan iaitu penyanyi Nash, Pian Cecupak dan Boy Iman pernah dihimpit kontroversi apabila ramai pihak mempersoalkan gelaran ‘datuk’ yang diterima dari puak Naning.

Ogos lalu, penggiat teater, Raja Azrey pula dikaitkan dengan isu sama apabila dia turut dikurniakan gelaran tersebut atas usahanya mengarahkan teater Dol Said yang bersusur-galurkan sejarah pahlawan Melaka itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Idris HaronMelaka
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan 'Melayu Terancam' atau 'Islam Terancam' hanyalah dakyah...

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka,  ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka, ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

21/06/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari yang mendakwa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd