Thursday, July 18, 2024

Creating liberating content

Irwan Serigar Bukan Lagi...

KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah bukan lagi Pengerusi...

Pelajar 17 Tahun Ditahan...

KOTA BHARU - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun...

Curi Penguin Dari Zoo...

DUA ekor penguin yang dicuri dari sebuah zoo dijual secara terbuka menerusi laman...

Tubuh RCI Siasat Perbelanjaan...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat perbelanjaan hampir...

Jangan Sebar Gambar Spekulasi Kes Samun Toreh Muka

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan kes samun seorang gadis jelita, Shafiqa Lah, 22 yang ditoreh mukanya dan hampir dirogol oleh perompak di Kota Bharu.

Insiden ini sekaligus menjadi topik hangat sama ada dalam media cetak mahupun elektronik hingga rata-rata masyarakat umumnya menzahirkan perasaan simpati kepada mangsa berikutan tindakan kejam penjenayah tersebut.

Kes yang mencuri tumpuan ini, bagaimanapun muncul pula individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan spekulasi dan gambar individu yang dikatakan suspek dalam kes ini sehinggakan pihak polis mula memberi amaran.

“Jangan buat spekulasi. Serahkan kepada polis dan biar kami menyiasat habis-habisan,” tegas Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.

Mazlan berkata demikian mengulas tindakan pihak tertentu yang menyebar gambar individu yang dikaitkan dengan kejadian samun dan toreh muka mangsa berusia 22 tahun dalam kejadian di Wakaf Berangan, Pasir Puteh, Ahad lalu.

Menurut Mazlan, kes itu masih lagi dalam siasatan dan setakat ini pihaknya masih belum mengenal pasti suspek.


“Selagi siasatan masih berlangsung, janganlah semua pihak membuat spekulasi berhubung kes ini. Kita masih mengesan dua suspek terbabit dan keterangan mangsa juga sudah diambil.” katanya.

Disamping itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu dengan melaporkan kepada mana-mana balai polis terdekat.

Susulan insiden ini, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : FARAH

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori