• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu ‘Kemaluan’ Di Surat Rasmi KKLW Tidak Boleh Dimaafkan!

oleh AK-47
14/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak ada perkara yang boleh dipermain-mainkan apatah lagi melibatkan nama baik institusi kementerian negara kita.

Isu perihal perkataan ‘kemajuan’ yang ditukar kepada ‘kemaluan’ dalam surat rasmi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang tersebar baru-baru ini dianggap tidak kelakar dan tidak boleh dimaafkan.

Berikutan itu, insiden yang dipandang serius oleh pihak KKLW ini akan diambil tindakan serius kepada mana-mana individu yang terlibat mencemarkan nama kementerian tersebut.

Surat rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Cawangan, Kementerian KKLW Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek Negeri Sembilan/Melaka ini tercemar gara-gara disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab membuat pindaan pada perkataan ‘kemajuan’ kepada ‘kemaluan’.

Surat

Susulan insiden tersebut, KKLW telah membuat laporan polis di balai polis Seremban 2 bagi memelihara kredibiliti kementerian itu.

Selain itu, pihak kementerian KKLW telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung pengedaran keratan surat itu.

IMG_2541144257710
Kenyataan Pentadbiran KKLW

Surat yang ditandatangani oleh Mohd Alfian Alwi bagi pihak pengarah Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek, Pejabat Cawangan Negeri Sembilan dan Melaka ini telah dicemari oleh pihak yang ingin membuat onar terhadap kementerian tersebut.

Menerusi laman rasmi Facebook KKLW memaklumkan individu yang menyebarkan gambar keratan surat rasmi berkenaan dipercayai cuba menfitnah KKLW hingga menyebabkan KKLW bertindak membuat laporan polis.

“Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan salah faham sekaligus menjejaskan nama baik dan imej kementerian,” katanya. –MYNEWSHUB.CC
IKLAN RTC OLEH KKLW
Oleh : FARAH
Tags: SURAT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wan Saiful Hantar Surat Mengandungi Isu Perundangan Kepada SPRM

Wan Saiful Hantar Surat Mengandungi Isu Perundangan Kepada SPRM

08/05/2023
0

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menghantar surat mengandungi isu...

PM Ke-10: ‘Wakil BN Tarik Balik SD, Surat Ahmad Zahid Ditolak’

PM Ke-10: ‘Wakil BN Tarik Balik SD, Surat Ahmad Zahid Ditolak’

23/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Tindakan saat akhir 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menarik balik perakuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd