• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Kapten Iriyanto Masih Harap Suami Selamat

oleh AK-47
31/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Diduga dengan berita penemuan objek dan mayat yang dikaitkan pesawat milik AirAsia QZ8501 tidak mematahkan harapan buat segelintir keluarga mangsa.

Disebalik penerimaan perkhabaran itu, isteri juruterbang Kapten Iriyanto, RR Widiya Sukati Putri meluahkan harapan dan keyakinan bahawa suaminya selamat daripada nahas tersebut.

Selaku isteri, baginya berita penemuan tersebut diharap memberi perkhabaran cerah ekoran lokasi sebenar kedudukan AirAsia sudah ditemui.

10875931_847902801899459_847901875232885_36920_710_b

“Mudah-mudahan penemuan lokasi AirAsia ini dapat menemukan suami saya dalam keadaan yang selamat. Ketika ini, konsentrasi saya hanya memikirkan keadaan suami saya dan saya tidak mahu memikirkan masa depan lagi.” luah Widya yang mengenakan baju hitam dan tudung berwarna merah.

Widya ketika ditemui wartawan ditemani ibu dan dua anaknya iaitu Angela Anggi Ranastianis, 25 dan Arya Galih Gegana, 7.

Bagaimanapun, wanita ini tidak menolak jika diberi kesempatan untuk ke lokasi penemuan nahas pesawat QZ8501.

Isteri Kapten Iriyanto ini menemui wartawan kurang daripada 15 minit sebelum beliau masuk kembali ke rumah kediamannya di Desa Pagerwojo Kecamatan Buduran, Sidoarjo.

Sebelum ini, ketika berita pesawat berkenaan dilaporkan hilang daripada radar, Widya dikatakan enggan bertemu dengan mana-mana wartawan dan keluar dari rumah kediamannya.

irianto

Bercerita mengenai peribadi Kapten Iriyanto, jiran tetangga menyifatkan beliau sebagai seorang yang taat beribadat dan aktif dalam kegiatan keagamaan di Masjid Nurul Yakin di kawasan perumahan tersebut. –MYNEWSHUB.CC

 

VIDEO BERITA PENEMUAN OBJEK QZ8501

https://www.youtube.com/watch?v=akcPvZNOcUk

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

Tags: QZ8501
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Trigana Air: Mayat Mangsa Ditemui Tak Sempurna

18/08/2015
0

SUSULAN tragedi sebuah pesawat milik Trigana Air yang terhempas ketika dalam perjalanan menuju Papua, usaha terkini pasukan Mencari dan Menyelamat...

Anak Pilot QZ8501 Redha Jenazah Bapa Tidak Ditemui

24/03/2015
0

ANAK sulung juruterbang pesawat malang Air Asia Penerbangan QZ8501, Angela Anggi Ranastianis, 25, redha dan sudah boleh menerima kenyataan bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd