• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indeks Pekerja Seks Teramai Dunia, Malaysia Di Tangga Ke-8?

oleh Ahmad Albab
21/12/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM laporan yang dikeluarkan liveandinvestoverseas.com, negara Malaysia menduduki tangga kelapan dalam carta sepuluh negara yang memiliki pekerja seks teramai di dunia mengikut nisbah 1 pekerja seks : 10,000 individu.

Laporan tersebut juga menyebut, setiap tahun kira-kira tiga juta orang menggembara menggunakan khidmat pelancongan untuk tujuan seks, dan angka tersebut dijangka meningkat.

Turut didedahkan, terdapat lebih 25 syarikat perkhidmatan pelancongan seks terancang berpusat di Miami, New York dan San Diego.

Kota Pattaya

Berikut merupakan 10 negara yang memiliki pekerja seks teramai dunia.

1. Venezuela (119 Pekerja Seks Untuk Setiap 10,000 Individu)

Menurut laporan, kedudukan ekonomi yang lemah di negara itu jadi punca terdapat ramai pekerja seks. Tambahan pula, pelacuran di Venezuela adalah sah di sisi undang-undang dan dipantau.

2. Korea Selatan (110 Pekerja Seks Untuk Setiap 10,000 Individu)

Negara tersebut tidak hanya terkenal dengan muzik K-pop, malahan industri seks turut berkembang walaupun terdapat sekatan.

3. Peru (102 Pekerja Seks Untuk Setiap 10,000 Individu)

Untuk pengetahuan, industri seks di Peru sah di sisi undang-undang untuk golongan wanita berusia 18 tahun ke atas jika mereka membuat pendaftaran dengan pihak berkuasa dan mengemukakan sijil kesihatan.

4. Filipina (85 Pekerja Seks Untuk Setiap 10,000 Individu)

Pelacur di negara tersebut perlu memakai tag ‘bargirl’ di kawasan tumpuan awam dan sentiasa diuji dengan saringan STD.

5. Nigeria (63 Pekerja Seks Untuk Setiap 10,000 Individu)

Statistik terkini pasaran pelancongan seks untuk wanita dewasa dari negara barat yang bercerai semakin meningkat di Nigeria.

6. China (60 Pekerja Seks Untuk Setiap 10,000 Individu)

Industri pelacuran diharamkan di negara tembok besar itu namun dianggarkan ia menyumbang sebanyak lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunannya.

7. Brazil (53 Pekerja Seks Untuk Setiap 10,000 Individu)

Perkhidmatan pelacuran secara peribadi (seks untuk wang) di sana adalah sah di sisi undang-undang, namun menjadi satu kesalahan untuk menjalankan perniagaan pelacuran atau mengambil pelacur dalam apa-apa bidang sekalipun.

8. Malaysia (52 Pekerja Seks Untuk Setiap 10,000 Individu)

Menurut Amerika Syarikat, Malaysia merupakan salah satu negara yang disenarai hitam dalam kalangan negara yang mempunyai kes paling teruk isu permerdagangan manusia dan penyalahgunaan hak asasi manusia termasuk pelacuran kanak-kanak.

9. Jerman (49 Pekerja Seks Untuk Setiap 10,000 Individu)

Di Jerman, aktiviti pelacuran di jalanan adalah sah di sisi undang-undang negara itu.

10. Thailand (45 Pekerja Seks Untuk Setiap 10,000 Individu)

Pelacuran adalah salah di sisi undang-undang negara gajah putih namun ia boleh bertoleransi dengan masyarakat tempatan dan jadi sebahagian perniagaan yang dikawal selia.

Walau bagaimanapun, memetik laporan yang disiarkan oleh portal The Rakyat Post, statistik yang dikeluarkan pada 2013 itu  diragui kesahihannya kerana tidak memiliki sumber rujukan dan kaedah pengiraan statistik yang meragukan. – MYNEWSHUB.CC

Salah Satu Tangkapan Yang Dilakukan Bagi Aktiviti Pelacuran Di Kawasan Bukit Bintang

Tags: Pelacur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Suami Abby Abadi Dah Sedia Nak Jadi Artis

Next Post

Guan Eng Sokong GST Di Jambatan P.Pinang & Johor

Related Posts

DBKL Siasat Medan Selera Sedia Pakej GRO, Pelacur

DBKL Siasat Medan Selera Sedia Pakej GRO, Pelacur

22/06/2024
0

Kuala Lumpur : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyiasat premis medan selera di Jalan Kalong, Pudu, yang turut menyediakan...

Walau Di Bilik Rahsia, 117 Pelacur Dan GRO Ditahan Imigresen Di Pusat Hiburan Ipoh

Walau Di Bilik Rahsia, 117 Pelacur Dan GRO Ditahan Imigresen Di Pusat Hiburan Ipoh

13/01/2024
0

IPOH: Seramai 117 pelacur dan gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan Jabatan Imigresen (Imigresen) dalam serbuan terhadap lima premis pusat hiburan...

Next Post

Guan Eng Sokong GST Di Jambatan P.Pinang & Johor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd