• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan Lebat Dijangka Berterusan Empat Hari Lagi

oleh AK-47
28/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Imej satelit dari Jabatan Meteorologi yang terkini menunjukkan cuaca hujan lebat dijangka akan berterusan di Semenanjung Malaysia sekurang-kurangnya untuk empat hari lagi.

Gambar satelit berkenaan menunjukkan taburan hujan yang bakal turun di sekitar Semenanjung Malaysia khususnya di kawasan yang kini terjejas akibat banjir iaitu Kelantan, Pahang, Terengganu dan Johor.

Sementara itu, jabatan itu turut memaklumkan ketika negeri-negeri di Pantai Timur sedang dalam proses pemulihan daripada banjir, amaran banjir kilat turut dikeluarkan untuk negeri di kawasan Pantai Barat.

MENARIK – Johor Negeri Terkini Dilanda Banjir, Kluang Dan Muar Terjejas

Pegawai Kanan Meteorologi Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata negeri-negeri berkenaan dijangkakan mengalami banjir kilat kerana hujan lebat yang akan turun sekejap-sekejap di sana.

Ramalan itu dibuat daripada pergerakan angin monsoon Timur Laut.

Jabatan Meteorologi juga tidak menolak kemungkinan satu lagi tempoh untuk hujan lebat turun di kawasan Pantai Timur pada lusa.

Dr Mohd Hisham menasihati mereka yang tinggal di kawasan tanah rendah dan terdedah kepada risiko banjir bersiap sedia untuk berpindah sekiranya banjir berlaku akibat hujan yang lebat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: CuacaSATELIT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NASA Dedah Imej Terkini Bulan Dari Misi Artemis II

NASA Dedah Imej Terkini Bulan Dari Misi Artemis II

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Agensi angkasa Amerika Syarikat, NASA sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi imej terbaharu permukaan Bulan yang dirakam...

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

29/05/2025
0

MAKKAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd