KRISIS dalaman Pakatan Rakyat (PR) bagai ‘retak menanti belah’ apabila komponen-komponen dalamnya jelas tak lagi sehaluan dalam memutuskan sesuatu keputusan, terutama antara PAS dan DAP.
Selesai isu pertukaran Menteri Besar Selangor, muncul pula isu Hudud yang sudah lama direncanakan dalam perjuangan PAS, namun kini dapat tentangan DAP.
Memetik laporan portal Malaysiakini, MB Selangor Azmin Ali berkata, Hudud bukanlah dasar bersama dalam PR dan PAS sepatutnya membangkitkan isu tersebut dalam Majlis Presiden Pakatan.
Tambahnya lagi, ketika krisis semasa ekonomi, Pakatan akan menumpukan perhatian pada isu lebih kompleks ‘maqasid syariah’ (objektif syariah) seperti perihal ekonomi, sosial dan keselamatan.
Kata Azmin, perkara tersebut yang sudahpun dipersetujui oleh ulama besar perlu dihadapi menggunakan syariah Islam.
Menurutnya, beberapa tahun lalu, isu Hudud pernah dibawa dalam perbincangan bersama pemimpin DAP ketika itu, mendiang Karpal Singh yang hadir di pejabat Agung PAS.
Justeru, andai terdapat pandangan atau cadangan baharu, perkara tersebut mesti dirujuk kepada kesepakatan dalam Pakatan, dengan membuat rundingan kembali dalam Majlis Presiden.
Ahli Parlimen Gombak itu berkata demikian pada sebuah seminar berkaitan kepimpinan wanita Selangor, Selasa lalu. – MYNEWSHUB.CC
Reaksi pengacara sensasi Azwan Ali Berkenaan Perlantikan Abang Kandungnya, Azmin Ali Sebagai MB Selangor

