• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hong Kong Bertindak Hapuskan 15,000 Ayam, Elak Sebar H7N9

oleh Ahmad Albab
31/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Hong Kong mengambil keputusan untuk menghapuskan ribuan ekor ayam yang diimport dari ladang di China setelah ia dikesan membawa wabak maut H7N9.

Beberapa hari lalu, bandar itu telah mengesan kembali penyakit tersebut setelah seorang warga emas dijangkiti H7N9.

Pihak berkuasa kemudiannya mengesan penyakit selesema burung itu pada sampel yang diambil dari 120 ekor ayam yang diimport dari bandar di Huizhou lantas mereka memutuskan untuk menyembelih kira-kira 15,000 ekor ayam bagi membendung wabak ini.

“Penyebaran wabak ini menunjukkan… ayam-ayam tersebut telah dijangkiti dengan H7N9.

Jabatan ini akan mengambil langkah untuk memusnahkan sejumlah 15,000 ayam hidup di pasar Wang Cheug Sha bermula pagi ini (Rabu),” ujar Menteri Kesihatan, Ko Wing.

hong-kong-bird-flu

Bagi membendung penyakit tersebut dari terus merebak, pasar itu akan ditutup bagi kerja-kerja pembasmian kuman selama 21 hari. Bukan itu sahaja, pengimportan ayam dari negara China juga akan dihentikan serta-merta.

Warga emas yang dijangkiti kini terlantar di hospital baru sahaja pulang ke Hong Kong dari selatan China iaitu di bandar Shenzhen. Namun sehingga kini, masih belum diketahui punca wanita tersebut dijangkiti virus berkenaan.

Sebelum ini, 10 mangsa telah dilaporkan menghidapi H7N9 di Hong Kong dan tiga daripadanya meninggal dunia. Menurut Pusat Kawalan Kesihatan Hong Kong (CHP), kesemua mereka dijangkiti wabak itu dari tanah besar China.

Pada Januari lalu, Hong Kong telah memusnahkan kira-kira 20,000 ekor ayam selepas virus sama ditemui pada ayam import tersebut yang juga datang dari negara tembok besar itu.

Bbagi mengawal penyebarannya dari merebak, Hong Kong memutuskan untuk menghentikan kemasukkan ayam dari China selama empat bulan. – MYNEWSHUB.CC

 

Hong Kong Memusnahkan 20,000 Ayam Yang Diimport Dari China Pada Januari Lalu

 

 

 

Tags: ayamChinaHong Kong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd