Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Perlu Segera Siasat Lim...

JAKARTA - Siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa...

Editor Buku Hina Jata...

KUALA LUMPUR - Editor buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia...

Belanjawan 2024: RM96J Dana...

KUALA LUMPUR : Kerajaan menyediakan Dana Sokongan Bas Henti-henti bagi menampung kos operasi...

Dewan Negara Lulus Pindaan...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019...

Hidung & Mata Wanita Ini Keluarkan Ulat Sampah

Geli lagi meloyakan!

Itulah gambaran bagi menceritakan kisah seorang pesakit wanita Kanada yang secara tiba-tiba kelopak mata dan hidungnya dipenuhi dengan ulat sampah.

Kisah yang dilaporkan oleh Metro.co.uk ini sebenarnya telah berlaku pada tahun 2007, namun baru menjadi viral di media sosial hingga menjijikkan sesiapa sahaja yang melihatnya di seluruh dunia.

Lebih mengejutkan, wanita tersebut sebenarnya tidak mengalami masalah ulat tersebut pada awalnya ketika ditempatkan ke dalam hospital.

Dia yang menghidap penyakit lain secara tiba-tiba terperanjat apabila kelopak mata dan hidungnya mengeluarkan ulat sampah selepas beberapa hari tinggal dalam hospital di Kanada.

Maggots in her eye.jpg maggots1


Menurut laporan perubatan wanita tersebut, ulat itu dipercayai berpunca daripada seekor lalat berwarna hijau yang pernah dilihat berkeliaran di unit kawalan rapi.

Difahamkan, lalat tersebut telah melepaskan telurnya ketika wanita tersebut berada dalam hospital berkenaan.

images

Bagaimanapun, para doktor berjaya mengeluarkan kesemua ulat tersebut sebanyak 120 ekor daripada hidung dan kelopak matanya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : FARAH

  • Lagi berita berkaitan:
  • ulat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori