• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga 12 Barang Diumumkan Bawah Skim Kawalan Harga

oleh Ahmad Albab
19/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SRI AMAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini mengumumkan penetapan harga maksimum bagi 12 jenis barang terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2014 yang akan berkuat kuasa selama lima hari bermula 23 Disember.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata, 12 barang itu ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang dan tanpa tulang dengan harga maksimum di Semenanjung sahaja, daging paha kambing biri-biri import bertulang, telur ayam gred A, gred B, gred C, tomato dan lada benggala hijau.

Beliau berkata, peniaga diwajibkan menjual barang berkenaan mengikut harga terkawal yang ditetapkan, dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi membezakannya dengan barang lain sepanjang tempoh berkenaan.

Harga maksimum itu ditetapkan di 89 daerah di Semenanjung, 32 daerah di Sarawak dan 27 daerah di Sabah. Para peniaga diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan-peraturan ini.

“Ketetapan harga antara zon mungkin berbeza antara satu sama lain, tapi umumnya semua harga tersebut berdasarkan harga tempatan masing-masing, mungkin jika sesuatu kawasan itu agak jauh sedikit dari kawasan bandar harganya mungkin lebih tinggi sedikit.. tapi inilah dia harga-harganya yang ditetapkan,” katanya dalam sidang akhbar sejurus selepas mengunjungi tapak Pasar Tamu di sini.

Hasan berkata, secara umumnya harga kawalan kebanyakan barang itu kekal atau lebih rendah berbanding harga semasa, dan menurutnya penentuan harga itu dibuat menerusi pemantauan harga barang di seluruh negara oleh pihak kementerian, pandangan pelbagai agensi berkaitan, dan perbincangan dengan pengeluar, pengimport, pembekal serta pemborong.

Sementara itu beliau berkata ayam Belanda tidak termasuk dalam senarai harga terkawal kali ini disebabkan beberapa masalah teknikal, dan pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenainya.

“Syarikat yang menguruskan import ayam ini dengan syarikat dari Australia ada masalah teknikal sikit, jadi kami keluarkan ayam belanda ini daripada skim kawalan tahun ini. Namun begitu kami sudah berunding dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, jika ada keperluan untuk import ayam-ayam ini, mereka akan keluarkan AP (permit) import,” katanya.

Beliau seterusnya memberi jaminan bahawa hasil rundingan dan perjumpaan dengan banyak pihak pemborong, semua barang keperluan dijamin mencukupi, dan tidak ada sebab bagi para peniaga untuk menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

Merujuk kepada penentuan harga barang yang dikaitkan dengan perubahan harga minyak dunia, Hasan berkata ia terserah kepada kuasa pengguna.

“Harga minyak ini kita tidak boleh buat ramalan, jika masa depan harganya jatuh, mungkin banyak lagi harga barang akan jatuh, maka di pihak pengguna, termasuk NGO, boleh menggunakan kuasa penggunanya nanti untuk menuntut para peniaga supaya menurunkan harga barang jika harga minyak terus jatuh,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=2wsKiX4MC_I

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd