• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Maut Ketika Sertai Konvoi Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
14/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh, maut selepas motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya dirempuh pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa Khairul Zaimi Zakaria, 42, terpelanting sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala. Manakala pemandu Toyota Hilux berkenaan mengalami kecederaan ringan akibat pelanggaran itu.

Dipercayai mangsa dalam perjalanan dari Pasir Hor ke Rantau Panjang menyertai konvoi bermotosikal bersama beberapa rakannya.

Apabila sampai di lampu isyarat berhampiran Perodua Tunjung, mangsa yang berada di hadapan sekali dari konvoi itu memberhentikan motosikal selepas isyarat lampu merah.

Ketika lampu bertukar hijau, secara tiba-tiba muncul sebuah Toyota Hilux dari arah Kuala Krai Ke Kota Bharu lalu melanggar mangsa yang kebetulan berada di bahagian hadapan dan mangsa gagal mengelak.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan susulan.

“Penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia pada jam 5.45 petang akibat pendarahan teruk di kepala dan mayatnya dihantar ke unit forensik HRPZ II untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk urusan pengebumian.

“Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Siasatan terhadap kes ini masih diteruskan dan meminta jika orang ramai melihat kejadian itu boleh laporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan lanjut,” katanya. – Sinar Harian Online

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd