Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Gol Goulon Sah Dicalonkan...

KELANA JAYA - Pertahanan Pahang, Herold Goulon menjadi individu kedua daripada Malaysia dihantar...

Warga Malaysia Terkandas Di...

BANGKOK – Seorang pelancong Malaysia mengalami detik mencemaskan apabila air pasang dan ombak...

Surat Tawaran Anugerah ‘Datuk’...

SHAH ALAM - Dewan di-Raja Selangor hari ini memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan...

‘Lipan Bara’ Antara Tarikan...

KUALA LUMPUR - 'Lipan Bara' aset terbaharu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menarik perhatian...

Guna Telefon Pintar Untuk Maklumat Terkini Banjir

KEMAMAN – Aplikasi telefon pintar bukan sahaja dapat memaklumkan perkembangan terkini tentang isu banjir namun pada masa yang sama dapat menangkis khabar angin yang disebarkan secara meluas oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menyatakan demikian, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementeriannya mempunyai kumpulan aplikasi termasuk daripada Whatsapp yang dapat menyemak sesuatu maklumat yang disebarkan.

“Misalnya sebentar tadi, saya menerima maklumat (disebarkan melalui Whatsapp) kononnya ada satu tempat yang terbiar akibat banjir.

“Apabila disemak rupa-rupanya ia adalah dakyah yang cuba memberikan gambaran yang salah dari segi persiapan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di pusat perpindahan banjir di Sekolah Rendah Teluk Kalong Kijal di sini malam tadi.


Ahmad Shabery yang juga Anggota Parlimen Kemaman menasihati orang ramai agar bijak menilai dan mengurus maklumat yang disebarkan melalui aplikasi telefon pintar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori