• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GOGOLnet Memudahkan Usahawan Francais Pasar produk

oleh AK-47
15/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Onyx Group of Companies (OGOC), pengeluar produk elektrik dan elektronik tempatan menyasarkan satu juta pengguna bagi sebuah platform terbaru jualan atas talian di pasaran yang dikenali sebagai GOGOLnet.

Dibangunkan dengan dana pelaburan mencecah RM1.2 juta, platform jualan atas talian dikhususkan kepada produk berteknologi hijau.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alan Yeoh berkata, ketika ini terdapat lebih 30 barangan atas jenama keluarannya, Onxy yang terdiri daripada peralatan elektronik dan makanan tambahan untuk kesihatan.

alan4
Alan (tengah) melancarkan GOGOLnet di Hotel Bouleward, Mid Valley, semalam.

22

Beliau berkata, GOGOLnet juga memberi ruang kepada usahawan muda tempatan untuk menjual pelbagai produk mereka dan pihaknya menjangka mencatatkan satu juta usahawan bakal menyertai platform berkenaan pada tahun depan.

“GOGOLnet dibangunkan untuk memudahkan pengguna yang mengemari produk teknologi hijau mencari pelbagai produk mereka dalam satu platform saja selain menyertai kami untuk menjadi usahawan,” katanya pada pelancaran GOGOLnet di sini, semalam.

Tambah beliau, menerusi aplikasi sosial seperti WeChat, modul perniagaan GOGOLnet lebih memudahkan pengguna untuk mengakses aplikasi berkenaan terutama golongan muda, sekali gus mewujudkan jaringan lebih meluas di alam maya.

Mengulas lanjut, GOGOLnet akan menjadi aplikasi popular dan syarikat akan menawarkan lebih banyak keluaran produk baru pada masa depan.

Selain itu, beliau berkata, OGOC juga akan membuka peluang kepada usahawan dalam perniagaan produk kesihatan dan kreatif seperti teknologi maklumat menyertai sistem francais yang juga bakal diperkenalkan pada pertengahan tahun depan.

“Tiada caj pendaftaran dikenakan seperti mana perniagaan lain, sebaliknya hanya mengenakan caj pentadbiran membabitkan peratus yang kecil di atas jualan bulanan, ” katanya.

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Tags: produk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perlu Kawal Produk Berasaskan Bahan Kimia

Kerajaan Perlu Kawal Produk Berasaskan Bahan Kimia

12/06/2023
0

PUTRAJAYA – Pusat Racun Negara (PRN) menggesa kerajaan agar mewujudkan kawalan terhadap produk berasaskan bahan kimia yang digunakan di rumah...

Jangan Beli, Ambil Produk Skinny Lolita, Xtreme Candy – KKM

06/09/2019
0

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan orang ramai tidak membeli atau mengambil produk Skinny Lolita dan Xtreme Candy yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd