• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar: Bantuan Tentera Dengan Helikopter Mula Tiba Di Manek Urai

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Krai adalah antara jajahan yang teruk terjejas akibat bencana banjir yang melanda Kelantan pada saat ini.

Bencana itu bukan sekadar menenggelamkan kawasan perkampungan, tetapi turut mencetuskan panik apabila air mula memasuki pusat pemindahan khususnya di Sekolah Menengah Manek Urai.

Rintihan salah seorang mangsa juga turut menjadi viral menerusi laman sosial semalam.

(BACA: Sedih… Dengarkan Rintihan Pilu Mangsa Banjir Di Manek Urai)

Tiada siapa menyangka air akan naik sehingga ke tingkat tiga bangunan tersebut dan jumlah mangsa seramai 500 orang itu juga menyukarkan pihak penyelamat untuk memindahkan mereka ke lokasi lebih selamat.

Bagaimanapun, malam semalam empat anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya tiba di pusat tersebut selepas menempuh perjalanan dengan bot beroda selama lapan jam.

Kehadiran mereka bertujuan untuk memberi bantuan khususnya dari segi kaunseling dan sokongan moral kepada mangsa yang terperangkap dan kini terputus hubungan dengan kawasan luar.

Ramai yang sudah kehabisan bateri telefon bimbit kerana bekalan elektrik sudah terputus selain terpaksa berlapar kerana kehabisan bekalan makanan.

(BACA: Mangsa Banjir Di Manek Urai Masak Air Lumpur Untuk Minum)

Sebentar tadi, menerusi laman Facebook, beberapa gambar ketibaan pihak tentera dengan helikopter bagi menghantar bantuan kepada mangsa mula tersebar.

Perkembangan terbaru ini diharap dapat melegakan kerisauan mangsa yang terperangkap bukan sahaja di pusat pemindahan, tetapi juga mereka yang masih berlindung di kawasan tinggi.

Manek urai

Manek urai

Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun Facebooknya juga memaklumkan sedang berusaha untuk ke Manek Urai untuk menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada mangsa.

manek urai tsam

tsam

Apapun, sama-samalah kita doakan agar usaha menghantar bantuan kepada mereka yang terperangkap di sana akan berjalan lancar. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=jpgNKQTEVsI

Oleh: ELZA

Tags: BanjirbencanaKelantanMangsa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk...

Onn Hafiz Seru Bangsa Johor Berdoa Agar Negeri Dilindungi Daripada Musibah, Bencana

Onn Hafiz Seru Bangsa Johor Berdoa Agar Negeri Dilindungi Daripada Musibah, Bencana

21/10/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengajak seluruh Bangsa Johor bersama-sama berdoa agar Allah SWT sentiasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd