Fon kepala tanpa wayar ialah aksesori audio yang kami rasa sangat selesa digunakan.
Tidak perlu risau wayar berbelit di dalam beg dan terputus apabila tertarik dengan kuat.
Setelah disinkronasikan dengan peranti pintar, anda boleh mendengar muzik melaluinya dan bebas bergerak di seluruh kawasan rumah mendengar muzik dengan tenang.
Cuma kekurangan fon kepala tanpa wayar ialah hayat bateri yang agak pendek
Kami yakin ini adalah masalah nombor satu yang dialami pemilik fon kepada tanpa wayar sedunia.
Exod Helios ialah fon kepala yang mahu mengurangkan masalah ini dari berlaku kerana ia boleh dicas menggunakan tenaga solar.
Pada bahagian atas Exod Helios terdapat panel solar yang mengecas bateri secara berterusan.
Menurut pereka fon kepala ini sejam di bawah cahaya matahari adalah cukup untuk memberikan kuasa selama 30 minit.
Bateri 450 mAh yang digunakan pula boleh digunakan selama 15 jam sebelum perlu dicas.
Fon kepala ini juga boleh berfungsi sebagai kit telefon bebas tangan dan mempunyai alat kawalan kekuatan bunyi terbina.
Terdapat juga kabel 3.5mm biasa yang boleh disambungkan jika anda tidak mahu menambatnya secara Bluetooth.
Ia masih belum mampu mengecas dengan pantas tetapi kami harap jika teknologi ini dikembangkan kadar pengecasan dapat dipercepatkan.
Bayangkan jika teknologi tenaga solar ini bergabung dengan teknologi yang terdapat  pada produk jenama HeadFoams Pro, di mana kualiti teksturnya diperbuat daripada busa EVA iaitu bahan yang sama digunakan pada selipar Crocs.
Menarik bukan?
Sumber: Kickstarter
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC