• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Emma Maembong Tidak Mahu Peminat Bosan Cerita Kahwin

oleh Ahmad Albab
16/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Emma Maembong memberitahu dia tidak mahu lagi bercakap tentang soal perkahwinan dengan pelawak Zizan Razak selagi ia belum benar-benar pasti.

Emma, 22, berkata, dia tidak mahu perkara itu membuatkan peminat-peminat yang membaca berita itu berasa bosan dengan jawapan klise yang diberikan seperti sebelum ini.

“Saya tidak mahu bercakap tentang itu kerana jawapannya masih sama seperti tahun lepas, saya tidak mahu cerita berpusing-pusing hingga sebenarnya tiada jawapan tentang itu.

“Orang akan bosan dan marah dengan saya bila bercakap benda yang sama sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Emma berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pernikahan kakaknya Yaya Maembong dengan pelakon Wan Raja, pada 12 Disember lalu.

Katanya, dia bersyukur kedua-dua kakaknya iaitu Shikin dan Yaya sudah selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan masing-masing.

“Sebagai adik sudah tentu saya gembira kedua-dua kakak saya sudah ditemukan jodoh pada tahun ini dengan lelaki pilihan mereka.

“Insya-Allah kalau ada jodoh saya nanti saya akan beritahu dan jemput semua,” ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan terbaharu, Emma berkata, sejak penampilan bertudung jadual kerjayanya masih sama seperti dahulu.

Emma berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Hantu Selfie 2 bersama kekasihnya Zizan.

“Lepas bertudung tawaran yang saya terima masih sama seperti dahulu. Pada awalnya saya fikir selepas bertudung tawaran akan berkurangan.

“Saya cuba buat bisnes untuk sediakan strategi andai tawaran berkurangan. Tapi Alhamdulillah, sekarang saya sedang menjalani penggambaran drama Hantu Selfie 2,” ujarnya.

Dalam pada itu, Emma berkata, beberapa buah drama ketika belum berhijab belum disiarkan di televisyen lagi.

Katanya, perkara tersebut juga bakal menjadi pertikaian segelintir pengguna internet yang tidak memahami situasi tersebut.

“Ada beberapa drama saya sebelum bertudung yang belum lagi keluar. Itu pun saya pasti ada segelintir yang akan pertikaikan kenapa saya tidak bertudung.

“Mereka tidak faham penggambaran itu dilakukan sebelum saya bertudung dan saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana saya sudah menandatangani kontrak dengan produksi tersebut,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Emma MaembongZizan Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Emma Maembong Sah Isteri Shazli

20/02/2020
0

PELAKON Emma Maembong sah bergelar isteri kepada Muhammad Shazli Azhar, 32 , dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di Dunia...

Emma Maembong Bakal Nikah Khamis Ini?

17/02/2020
0

PELAKON popular, Emma Maembong bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mr S, Khamis ini. Difahamkan, majlis pernikahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd