• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Rakan Sekerja Maut Nahas Babit 5 Kenderaan

oleh Ahmad Albab
18/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Dua rakan sekerja maut dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Kilometer 250, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah ke utara dekat sini pagi tadi.

Mereka dikenali sebagai Ahmad Azlan Zakaria, 25, dan rakannya Mastura Abd Karim, 34, yang meninggal di tempat kejadian yang berlaku kira-kira 6.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata mereka merupakan penumpang kenderaan pelbagai guna Perodua Alza yang terbabit dalam kemalangan itu.

Beliau berkata mayat mereka dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini. Katanya tiga lagi cedera dalam kemalangan yang turut membabitkan kereta Proton Saga FLX, Perodua Alza, Nissan Almera dan dua buah treler.

“Kemalangan berlaku apabila Proton Saga FLX yang dipandu seorang lelaki dilapor hilang kawalan dan bergesel dengan sebuah treler yang membawa minyak pelincir sehingga menyebabkan Proton Saga FLX terbabit terbalik di lorong kanan.

“Pada masa yang sama, Perodua Alza yang dipandu di belakang Proton Saga FLX itu cuba mengelak, namun melanggar bahagian belakang sebuah lagi treler di lorong paling kiri.

“Ketika itu juga Nissan Almera yang datang dari arah belakang yang cuba mengelak kesemua kenderaan berkenaan, turut terbalik di lorong tengah,”katanya.

Muhamad Zaki berkata yang cedera ialah seorang penumpang Proton Saga FLX yang kepalanya dipercayai bergeser pada permukaan jalan, pemandu Proton Saga FLX dan pemandu Perodua Alza.

Beliau berkata kemalangan mengakibatkan kesesakan sepanjang dua kilometer. Sementara itu Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, MohdFazli Jamaludin berkata pihaknya membantu mengeluarkan mangsa yang meninggal dan tersepit dalam kenderaan mereka. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd