• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Roland Chia Masih Adun Inanam, Kata Lajim

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Seri Lajim Ukin berkata Dr Roland Chia masih lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam.

“Buat sementara waktu ini, ini khabar anginlah sehinggalah kita memperolehi pengesahan (mengenainya). Saya sudah periksa dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah (Datuk Seri Dr Salleh Tun Said) dan (saya) dimaklumkan tidak ada perletakan jawatan (ADUN),” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Chia daripada PKR di dalam laman Facebooknya yang menyatakan hasrat meletakkan jawatan atas faktor kesihatan.

Lajim juga tidak menolak kemungkinan akaun Facebook ADUN Inanam berkenaan digodam.

Menurut Lajim minggu lepas dia dan Dr Chia bersama-sama menghadiri satu mesyuarat namun ADUN Inanam berkenaan langsung tidak menyebut mengenai hasratnya untuk meletak jawatan.

Sementara, Chia masih belum dapat dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut darinya dan difahamkan beliau berada di luar negara.

Speaker Dun Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said ketika dihubungi Bernama juga mengesahkan pihaknya belum menerima surat perletakan jawatan daripada Dr Chia.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lepas Dr Chia mendapat 8,926 undi dengan majoriti 3,202 undi menewaskan Eric Majimbun dari Parti Maju Sabah (SAPP) yang mendapat 5,003 undi dan Joseph Paulus Lantip dari Barisan Nasional yang memperoleh 5,724 undi. – BERNAMA

Tags: adun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

09/08/2026
0

GEORGE TOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng mendakwa beliau membantu melestarikan syiar...

Gabungan 10 ADUN BN, PN Angkat Sumpah EXCO Negeri Sembilan

Gabungan 10 ADUN BN, PN Angkat Sumpah EXCO Negeri Sembilan

07/08/2026
0

KUALA PILAH - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd