Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Tukang Masak Mati Dalam...

KUCHING – Mayat seorang tukang masak ditemui di dalam sebuah bilik hotel terkemuka...

Kedah, Perak Teruskan Rentak...

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Kedah meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Piala Malaysia...

Almy Diganggu Makhluk Halus...

DALAM sarat hamil anak sulung, Almy Nadia tidak terkecuali menjadi mangsa kacauan makhluk...

Najib Pernah Bantah SRC...

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Kumpulan Wang Persataan Diperbadanankan (KWAP) yang menyambung keterangannya...

Piala AFF: Dollah Salleh Kecewa Pertahanan Alpa

KETUA Jurulatih Skuad Bola Sepak Harimau Malaya, Dollah Salleh melahirkan kekecewaannya terhadap kealpaan benteng pertahanan yang menyaksikan pasukan negara tewas 2-1 kepada Vietnam dalam separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Jurulatih berusia 51 tahun itu berkata, kesilapan pemain pertahanan, Mahalli Jasuli pada separuh masa kedua memberi kesan yang amat besar kepada pasukan negara yang kini berhadapan misi hidup atau mati dalam perlawanan timbal balik di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi, Vietnam, Khamis ini.

“Hari ini, saya anggap persembahan terburuk kami terutama dalam bahagian serangan dan pertahanan. Saya tidak tahu apa yang telah berlaku kepada pemain, tetapi kami masih ada 90 minit di Hanoi dan dalam bola sepak apa pun boleh berlaku,” kata Dollah kepada wartawan selepas perlawanan.

Bekas jurulatih Polis Diraja Malaysia itu juga terkejut dengan pendekatan serangan pantas Vietnam di bawah bimbingan jurulatih Jepun, Toshiya Miura yang jauh berbeza daripada kekalahan 3-0 pasukan negara dalam perlawanan persahabatan menentang Vietnam sebelum ini.

Dollah juga berkata, tiga pemain lawan, Nguyen Huy Hung, Pham Thanh Luong and Que Ngoc Hai bermain dengan baik pada malam tadi.


“Hari ini mereka (Vietnam) adalah lebih baik berbanding semasa kami tewas kepada mereka sebelum ini dan kami bernasib baik mereka tidak menyumbat lebih banyak gol,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori