• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Mahu Buat 5 Pindaan Ke Atas Perlembagaan Parti

oleh Ahmad Albab
05/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Kebangsaan DAP 2014 yang akan berlangsung di Subang Jaya, Selangor pada 14 Disember ini akan membincangkan sebanyak lima cadangan pindaan ke atas Perlembagaan parti itu.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook berkata, pindaan yang mahu dilakukan adalah untuk menambah keanggotaan Jawatankuasa Tatatertib DAP daripada lima orang kepada sekurang-kurangnya 10 orang.

“Setiap prosiding tatatertib boleh dijalankan oleh sebuah panel yang terdiri daripada tiga ahli Jawatankuasa Tatatertib. Cadangan kedua adalah pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dinaikkan daripada 20 kepada 30 orang.

“Ini bertujuan menggalakkan lebih ramai penyertaan wanita dalam politik. Kuota 30 peratus dalam pemilihan tersebut diwajibkan untuk calon wanita. Dalam erti kata lain, CEC yang baru mesti mempunyai sekurang-kurangnya sembilan pemimpin wanita. Semua Pengerusi Negeri, Ketua DAPSY dan Ketua Wanita yang bukan ahli CEC akan dijadikan sebagai ex-officio dalam CEC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siew Fook yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan DAP berkata, cadangan seterusnya adalah tempoh jawatan untuk semua Jawatankuasa Negeri dilanjutkan dari dua kepada tiga tahun dan seorang Pengerusi Negeri tidak boleh memegang jawatan lebih dari tiga penggal.

Katanya, pindaan Perlembagaan DAP yang lain termasuk struktur Jawatankuasa Perhubungan Kawasan Parlimen dirombak semula untuk memastikan keberkesanan fungsinya.

“Tempoh jawatan untuk semua jawatankuasa cawangan dicadangkan dilanjutkan dari satu tahun ke dua tahun,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: DAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

02/07/2026
0

BATU PAHAT - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menyaksikan DUN Penggaram sekali lagi menjadi antara kerusi yang paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd