• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cristiano Ronaldo Pun Bukan Anak Jati Madrid – TMJ

oleh Ahmad Albab
02/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menyelar pihak yang sering mencemuh pasukan Johor Darul Takzim (JDT) kerana dibarisi ramai pemain bukan anak jatii negeri itu.

Presidenya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, mereka yang membuat cemuhan itu golongan yang kurang arif dalam sukan bola sepak kerana mementingkan tempat lahir pemain berbanding profesionalisme.

“Berfikir biarlah ke hadapan. Tidak kiralah mana tempat lahir kita, tetapi pilihan organisasi yang betul akan membantu kita menjadi lebih cemerlang sebagai pemain profesional.

“Tidak kira di mana tempat lahir anda itu tahun 60-an, hari ini adalah 2014, yang penting adalah logo di dada. Adakah Cristiano Ronaldo berasal daripada Madrid?. Telah saya katakan berulang kali kurang arif ini tiada ubatnya. Anda menyalahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana pemikiran mereka yang lama tetapi apa bezanya anda dengan FAM yang mempunyai mentaliti sama,” titah baginda dalam satu kenyataaan semalam.

Tunku Ismail turut menyelar pihak yang mengkritik JDT sebagai punca bola sepak Malaysia merundum sedangkan pasukan itu yang banyak membantu bola sepak Malaysia secara tidak langsung.

Titah bagida, mereka yang membuat kritikan itu tidak bercakak berlandaskan fakta kerana JDT banyak membantu bola sepak Malaysia secara tidak langsung daripada segi cara latihan dan falsafah permainan, pusat rawatan serta pemulihan mahupun program motivasi pemain.

“Berfikirlah dengan akal, bukan mengikut emosi. Akal membawa kita maju, ikutkan emosi tidak ke mana. Sejak kehadiran JDT, para penaja meningkatkan pelaburan dalam bola sepak Malaysia.

“Liga juga telah menjadi lebih kompetitif, dan secara tidak langsung meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan untuk masa yang akan datang. Suka atau tidak, itulah fakta,” titah baginda. – MYNEWSHUB.CC

 

Tags: TMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd