• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boeing Unjur Serahan Pesawat Komersil Bernilai RM431.46b

oleh Ahmad Albab
10/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Boeing mengunjurkan permintaan yang kukuh untuk pesawat baharu komersil tahun depan, menyumbang kira-kira AS$123 bilion (RM431.46 bilion) bagi penyerahan pesawat itu merentas pelbagai industri.

Dalam Tinjauan Kewangan Semasa Pasaran Pesawat Boeing bagi Tahun Ketujuh, pengeluar pesawat itu berkata pertumbuhan dijangkakan sederhana dalam tempoh beberapa tahun akan datang, dengan keperluan kewangan tahunan bagi penghantaran kapal terbang sekitar AS$156 bilion (RM542.8 bilion) pada 2019.

Ia juga menunjukkan bahawa syarikat penerbangan dan pemberi pajak akan memperoleh manfaat daripada peningkatan saingan antara pemberi pinjaman dan kadar faedah yang rendah pada 2015. Dalam persekitaran yang boleh dijangkakan sejak berdekad-dekad, pulangan menarik menyebabkan kepelbagaian, kecekapan dan jumlah pembiayaan bagi pesawat komersil yang belum pernah berlaku sebelum ini.

“Pengukuhan yang kita lihat dalam kewangan pesawat adalah hasil daripada permintaan global yang sihat dan seimbang untuk pesawat baharu yang dipacu oleh pertumbuhan dalam trafik penumpang yang sudah dijangkakan selain rekod keuntungan yang dicapai oleh syarikat penerbangan.

“Ini termasuk) kesinambungan kitaran penggantian (pesawat) bagi meningkatkan kecekapan kumpulan pesawat di seluruh dunia,” kata Naib Presiden dan Pengurus Besar Perkhidmatan Kewangan Pesawat Boeing Capital Corporation, Tim Myers.

Tinjauan pasaran kewangan 2015 itu yang dikeluarkan semalam, mengunjurkan mengenai sumber-sumber pembiayaan untuk penghantaran pesawat baharu pada tahun depan dan keperluan pembiayaan dalam industri untuk tempoh lima tahun akan datang.

Elemen utama lain termasuk pasaran modal yang akan menyokong hampir satu pertiga penyerahan baharu manakala pembiayaan dijangkakan seimbang antara tunai, hutang bank komersil dan pasaran modal. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=qIv1ke_A4A4

Tags: Boeing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Boeing Akan Gantung Pengeluaran Pesawat 737 Max

17/12/2019
0

WASHINGTON - Syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Boeing, pada Isnin berkata ia akan menggantung pengeluaran pesawat jenis 737 Max pada Januari, lapor agensi...

‘Seseorang’ Kawal Pesawat MH370 Hingga Akhir Penerbangan

12/07/2019
0

SIASATAN awal para penyiasat Perancis yang diberi akses kepada sejumlah data penerbangan Boeing yang dihantar Malaysia Airlines sebelum nahas termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd