• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vanidah Imran Larikan Buku Cek Persatuan Seniman?

oleh AK-47
23/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASANYA antara artis popular yang jarang kita dengar dilanda kontroversi, salah seorangnya adalah Vanidah Imran.

Namun secara tiba-tiba, namanya ‘naik’ apabila pihak Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mendakwa, pelakon jelita itu melarikan buku cek yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Untuk makluman anda, Vanidah Imran merupakan bendahari persatuan berkenaan.

Lebih mengejutkan, konflik ini telah sampai ke peringkat laporan polis dibuat, Jumaat lalu.

Zed Zaidi (tengah) bersama anggota Seniman lain menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap tindakan Vanidah yang didakwa menyimpan buku cek persatuan.
Zed Zaidi (tengah) bersama anggota Seniman lain menunjukkan laporan polis yang dibuat berkaitan kehilangan buku cek persatuan yang didakwa berada di tangan Vanidah Imran.

Presiden Seniman, Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, mengesahkan kehilangan buku cek yang dipegang Vanidah hingga menyebabkan persatuan itu sukar untuk menjalankan aktiviti dan sumbangan kebajikan.

Laporan polis kes ini.
Laporan polis kes ini.

“Saya melaporkan kehilangan buku cek persatuan yang dibawa keluar dari pejabat oleh bendahari iaitu Vanidah Imran sejak memegang jawatan tersebut September lalu.

“Dia membawa pulang dan langsung tidak memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta untuk mengeluarkan duit bagi menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja,” ujarnya.

Zed Zaidi menambah, dia terpaksa membuat laporan polis untuk diserahkan kepada pihak bank bagi menggugurkan nama pelakon tersebut dan buku cek baharu dapat dikeluarkan.

Vanidah dikatakan bukan sahaja tidak beri kerjasama malah tidak mahu menandatangani cek tersebut dengan alasan, persatuan perlu mengeluarkan surat kepadanya dahulu.

Gara-gara perbuatannya, persatuan berhutang sebanyak RM22,000 bagi kos operasi iaitu sewa pejabat dan gaji pekerja.

Malah, wang sumbangan kepada bekas presiden iaitu Allahyarham Mustapha Maarof yang meninggal dunia pada 15 Disember lalu, masih tidak dapat disumbangkan.

image (1)

Menurut laporan Mstar Online, Vanidah, 41, memberitahu dia mempunyai sebab mengapa melarikan buku cek tersebut namun enggan menjelaskan puncanya.

Vanidah turut mendakwa, dia tidak mungkin ingin melarikan wang persatuan dengan memegang buku cek berkenaan kerana bukan namanya yang didaftarkan sebagai penama untuk akaun persatuan berkenaan.

Kalau dah macam itu katanya, sama-samalah kita nantikan penjelasan Vanidah kenapa dia bertindak sedemikian lepas ini.. – MYNEWSHUB.CC

VIDEO VANIDAH DIBERI TUGAS BENDAHARI PERSATUAN

Tags: Artis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Israel Lancar Serangan Udara Terbaharu Ke Atas Gaza

Next Post

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Ani Arope

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

Next Post

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Ani Arope

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd