Mengikut ungkapan orang tua, kita sepatutnya mengikut resmi padi yang semakin berisi semakin tunduk, bukan seperti lalang, semakin lama semakin menegak.
Sikap ‘demand’ atau lebih sesuai digelar ‘diva’ memang tidak dapat lari dari dunia hiburan. Ramai sedia maklum, pelakon mahupun penyanyi akan mula ‘tunjuk belang’ apabila mereka mula mengecapi populariti.
Namun, isu kali ini sedikit berbeza kerana tuduhan ‘diva’ bukan ditujukan kepada individu bergelar artis tetapi kepada bapanya yang bertugas menguruskan jadual penggambaran artis tersebut.
Ia didedahkan sendiri oleh pengarah drama prolifik yang juga suami kepada pelakon popular, Sheila Rusly, iaitu Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya.
Melalui ruangan Facebook peribadinya, Jinggo memuat naik ‘screen-captured’ perbualan antara bapa kepada bintang kecil yang semakin menyinar, Puteri Balqis iaitu Azizi Azizi dengan wakil dari syarikat miliknya, JS Pictures.
Yang tak sedapnya, menurut Jinggo, Azizi telah menggunakan bahasa yang kasar dan menuduh semberono tanpa mengetahui kedudukan sebenar kenapa anaknya terpaksa diketepikan dari penggambaran bersama JS Pictures.
“Hadoiii mak aiii bahasa kooo… Anak yang menang… Mak bapa pula yang terlajak sombong… Artis yang berlambak anugerah pun tak minta deposit 50% sebelum tengok skrip.
Anak kau ada berapa ketul anugerah? Jumpa dengan aku pun belum… Ambil skrip pun belum… Watak apa pun belum tau… Sign contract pun belum… Dah tuduh production aku nak mainkan anak kau… Anak kau siapa?”
Selain itu, Jinggo juga menjelaskan sebab kenapa produksinya tidak dapat mengambil Puteri Balqis untuk turut serta dalam penggambaran tersebut, iaitu kerana jadual pelakon tersebut yang padat.
“Dah jadual anak kau yang sibuk tahap menteri… Macam mana nak kerja dengan production aku?”
Bukan hendak menuding jari pada mana-mana pihak, namun seandainya dakwaan Jinggo ini benar, maka sayanglah bakat Putri Balqis yang pastinya akan malap.
Selain dari bakat, pihak produksi dan penerbit juga memandang ‘attitude’ pelakon dan pengurusannya sendiri. Tak percaya? Lihat sahaja nasib yang menimpa Hanez Suraya! – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR
Lakonan Aktres Sheila Rusly Bersama-Sama Ziana Zain Dalam Filem Pontianak Menjerit



