• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bengang Teksi Generasi Baru, Pemandu Teksi Biasa Protes

oleh AK-47
23/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ekoran tumbuhnya pelbagai alternatif pengangkutan awam termasuk teksi generasi baharu di bandaraya besar khususnya Kuala Lumpur, pengusaha teksi biasa dilaporkan kian tertekan dan mahu melancarkan protes.

Kini, terdapat banyak pilihan teksi alternatif antaranya UBER, Grab Car MyTeksi dan Blacklane yang kebanyakannya beroperasi melalui tempahan secara online dan boleh diakses hanya menggunakan aplikasi telefon pintar.

Pada pandangan pemandu teksi biasa, kehadiran teksi seperti UBER melanggar peraturan kerana syarikat berkenaan beroperasi di seluruh dunia menggunakan kenderaan sendiri dan tidak memiliki lesen pengangkutan awam.

MENARIK – SPAD Telah Ambil Tindakan Ke Atas 13 Kesalahan Teksi UBER

Semalam, Mynewshub.cc melaporkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah pun menyiasat dan mendapati UBER melakukan kira-kira 13 jenis kesalahan yang melanggar undang-undang.

Menurut SPAD dalam satu kenyataan semalam, kesemua kesalahan itu telah disiasat dan diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

“Ia melibatkan enam kes gagal mengemukakan lesen pengendali, enam kes beroperasi tidak mengikut kelas lesen dan satu perkhidmatan tanpa permit.

“Di sini Suruhanjaya ingin menegaskan bahawa sungguhpun aplikasi UBER tidak menyalahi undang-undang secara kasarnya, penggunaan kenderaan berlesen yang sesuai diperlukan dan syarat-syarat pengendali perlu dipatuhi,” menurut kenyataan itu.

Para pemandu teksi biasa di ibu negara turut merungut bahawa ada spekulasi mengatakan pihak SPAD akan melesenkan teksi-teksi baru ini di dalam Kelas PHV (Private Hired Vehicle) yang dikatakan akan menjejaskan pendapatan mereka sebagai pemandu teksi.

TeksiMogok_1

Bagaimanapun, sesetengah umum menyambut baik kehadiran teksi jenis baharu ini kerana sudah muak dengan perangai pemandu teksi biasa yang enggan menggunakan meter, tak mahu mengambil penumpang ke lokasi tertentu, berkelakuan samseng selain terdapat kes gangguan seksual.

Pada lusa, para pemandu teksi dikatakan akan mengadakan protes besar-besaran di Ibu Pejabat SPAD di KL Sentral, jam 2.30 petang bagi mendesak SPAD menghalang teksi-teksi generasi baharu ini daripada terus beroperasi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Tags: protesTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Protes Semakin Ganas Di Iran, Enam Maut

Protes Semakin Ganas Di Iran, Enam Maut

02/01/2026
0

TEHERAN - Penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan terus bertempur di beberapa bandar di Iran pada Khamis selepas protes membantah kos...

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

05/08/2024
0

Seremban : Demonstrasi di beberapa kawasan di United Kingdom (UK) kini semakin membimbangkan dan ada yang berubah kepada bentuk keganasan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd