• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Most Beautiful Face: Emma Maembong Berada Di Tangga Ke-71

oleh Ahmad Albab
29/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur – Pelakon Emma Maembong menjadi artis tunggal Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam ranking 100 Most Beautiful Face untuk 2014, sebaris dengan artis terkenal dunia, anjuran portal hiburan dalam talian, TC Candler.

Emma menduduki tangga ke-71 dan dia berjaya menewaskan antaranya Rachel Weisz yang berada di tangga ke-98, Megan Young (93), Scarlet Johansson (81) dan Mila Kunis (74).

Ini adalah entri baru bagi Emma dalam senarai 100 Most Beautiful Face yang dijadikan sebagai acara tahunan oleh TC Candler.

Selain artis Hollywood turut tersenarai ialah artis wanita Jepun, Britain, Korea Selatan, India dan Perancis.

Tempat pertama disandang oleh artis Korea Selatan, Nana.Pada tahun lepas Nana berada di kedudukan kedua.

TC Candler dikenali kerana menyenaraikan 100 wajah pada skala global dengan mengambil kira faktor dalam budaya, gaya hidup, kerjaya dan darjah kemasyuran.

Ia menerima berjuta-juta cadangan setiap tahun bagi memilih 100 wajah.

100 Most Beautiful Face ini bukan hanya mengenai populariti semata-mata sebaliknya ia juga merangkumi keanggunan, kelas dan lain-lain mengenai kecantikan.

Ini adalah senarai ke-25 tahun sejak ia diperkenalkan pada 1990. Pada tahun ini juga, buat pertama kalinya senarai 100 Most Handsome Face untuk lelaki turut diperkenalkan dengan Jamie Dornan dinobatkan di tangga pertama.

Tiada artis lelaki Malaysia berada dalam senarai ini. –MYNEWSHUB

Tags: Emma Maembong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Emma Maembong Sah Isteri Shazli

20/02/2020
0

PELAKON Emma Maembong sah bergelar isteri kepada Muhammad Shazli Azhar, 32 , dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di Dunia...

Emma Maembong Bakal Nikah Khamis Ini?

17/02/2020
0

PELAKON popular, Emma Maembong bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mr S, Khamis ini. Difahamkan, majlis pernikahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd