• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Lahir Dalam Pesawat Di Amerika Syarikat

oleh Ahmad Albab
12/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Sebuah pesawat milik Penerbangan Southwest mendarat di sini dengan pertambahan seorang penumpang berban­ding apabila jet berkenaan berlepas.

Situasi itu berlaku apabila seorang penumpang melahirkan anak sejurus selepas Penerbangan 632 itu berlepas dari bandar raya San Francisco, menuju ke Phoenix di negeri Arizona kelmarin.

Namun, pesawat itu dilencongkan ke bandar raya ini berikutan kelahiran tersebut.

Jurucakap Southwest, Emily Samuels berkata, wanita berkenaan dibantu oleh kru pesawat dan seorang doktor serta jururawat yang kebetulan menaiki penerba­ngan itu.

Katanya, bayi itu dipercayai akan mendapat keistimewaan untuk menaiki Penerbangan Southwest secara percuma untuk seumur hidup.

“Ibu dan bayi baru lahir itu seterusnya dibawa ke sebuah hospital dan kini berada dalam keadaan baik,” kata jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles, Erik Scott.

Sebelum itu, beberapa penum­pang berkata, mereka mende­ngar hebahan di interkom me­minta bantuan jika terdapat doktor dalam pesawat itu.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi bayi menangis dan saya berkata kepada diri sendiri, tiada bayi dalam penerbangan ini,” kata seorang penum­pang, Kurt Reed.

Juruterbang kemudian membuat ucapan tahniah atas kelahiran bayi lelaki tersebut, ujar seorang penumpang lain, Aarti Shahani.

“Kami semua bertepuk tangan tetapi kami sebelumnya keliru kerana menyangka seseorang akan mati,” katanya. – AP

https://www.youtube.com/watch?v=wSFLHrDsxdc

Tags: bayipesawat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd