• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Proton Tawar Khidmat Buruh Percuma

oleh Ahmad Albab
26/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd kini menawarkan perkhidmatan buruh percuma untuk pembaikan kereta serta diskaun 30 peratus bagi alat ganti kenderaan itu yang terjejas akibat banjir.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, syarikat itu pada mulanya menawarkan pemilik kereta terbabit dengan diskaun 20 peratus bagi semua kerja pembaikan kenderaan itu.

“Namun, kami berasakan tawaran awal itu tidak memadai dalam keadaan sekarang dan memutuskan untuk memberi diskaun 30 peratus bagi alat ganti manakala bayaran khidmat buruh tidak akan dikenakan bagi pelanggan Proton yang terjejas akibat banjir.

“Kami menasihati pelanggan berkenaan menghantar kereta mereka ke pusat servis diiktiraf Proton yang berhampiran bagi membolehkan kereta mereka dibaiki,” katanya dalam satu kenyataan.

Program ‘Proton We-Care Prihatin Banjir’ sehingga 15 Mac tahun depan itu, turut merangkumi perkhidmatan pemeriksaan secara percuma, penilaian kerosakan dan perkhidmatan tunda kenderaan dari kawasan terjejas banjir ke pusat servis Proton.

Pemilik kereta Proton juga boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan 1800-888-398 bagi sebarang pertanyaan, bantuan serta khidmat tunda kereta.

Selain itu, Proton turut berkongsi panduan pengurusan kereta yang terjejas akibat banjir iaitu :

* Tidak menghidupkan enjin kereta;

* Tidak menggunakan alat kawalan jauh bagi membuka pintu kereta, sebaliknya melakukannya secara manual;

* Pastikan untuk mengalihkan terminal negatif bateri kereta bagi menghentikan pengaliran elektrik dalam kereta.

Kesemua tiga langkah di atas bertujuan meminimumkan kerosakan peralatan, terutamanya komponen elektrik dan mekanikal kereta selain boleh menyelamatkan beberapa bahagian peralatan berkenaan.

Selepas menutup elektrik kereta, pemilik kenderaan itu harus mengambil barangan berharga yang disimpan dalam kereta, mengunci kereta secara manual dan memastikan kenderaan itu ditunda ke pusat servis diiktiraf Proton yang berhampiran. – BERNAMA

Tags: BanjirProton
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gelandangan Diberi USD100, Kemudian Dirakam Secara Rahsia..

Next Post

Sesi Sekolah Penggal 2015 Ditangguh – Idris

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

Sesi Sekolah Penggal 2015 Ditangguh - Idris

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd