• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Labuan Rampas Kapal Tunda, Tahan Anak Kapal

oleh Ahmad Albab
10/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan merampas sebuah kapal tunda kerana melanggari Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 di perairan Labuan pada Selasa malam.

Ketua Penguatkuasa Maritim APMM Labuan Kapt Maritim Che Adnan Md Isa berkata seorang rakyat tempatan dan tiga anak kapal, dua daripada mereka warga Indonesia, ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau memberitahu Bernama di sini Rabu, operasi dinamakan ‘Ops Sejahtera’ itu diadakan sekitar 8 malam, beberapa batu nautika dari pinggir pantai Labuan dan mengesan kapal tunda berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Semasa pemeriksaan, pasukan penguatkuasa APMM mendapati pengendali kapal tunda itu gagal menunjukkan Sijil Kelayakan dan tidak melaporkan kepada Pegawai Pelabuhan di lembaga pelabuhan berhubung pertukaran juragan yang mengendalikan kapal tunda itu, mengikut keperluan MSO.

“Bot itu diserahkan kepada sebuah pasukan penyiasat, dan akan ditahan sehinggalah pengendalinya mengemukakan dokumen yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata operasi sedemikian akan dipertingkatkan bagi memastikan pengendali kapal mematuhi keperluan MSO. – BERNAMA

Tags: APMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd