Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Inisiatif Kepimpinan Wanita Bantu...

SUBANG JAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam proses menubuhkan Inisiatif...

Terengganu Catat 569 Kes...

KUALA TERENGGANU - Kes demam denggi yang dilaporkan di Terengganu meningkat kepada 569...

Buta Huruf Atau Memang...

Jadikan ini satu pengajaran buat semua - ketahuilah bahawa terdapat ramai polis moral...

Pusat Hiburan Didapati Jual...

IPOH - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) membongkar kegiatan sebuah pusat hiburan di...

Anak Presiden Korean Air Naik Berang Kerana Kacang!

Seoul – Rupanya keangkuhan anak perempuan Presiden Korean Air tidak sekadar menyebabkan penerbangan pesawat udara syarikat itu tertunda hanya kerana kacang.

Semalam, ketua pramugara dalam penerbangan dinaiki Heather Cho itu berkata, dia dipaksa melutut untuk memohon maaf kerana tidak menghidangkan kacang makadamia di dalam piring.

Park Chang-jin berkata, dia kemudian dihalau dari pesawat berkenaan.

Cho yang juga eksekutif di syarikat penerbangan berkenaan dilaporkan amat marah kerana kacang untuknya dihidangkan di dalam peket asal.

Dia sudah meminta maaf dan meletak jawatan minggu lalu.

Ketika menceritakan pengalamannya itu buat kali pertama, Park berkata, Korean Air cuba memujuknya supaya tidak memaklumkan kejadian sebenar kepada umum.

Cho menaiki penerbangan kelas pertama dari New York ke Incheon, Korea Selatan, minggu lalu.

Kerana kacang itu, dia mengarahkan seorang anak kapal diusir dari pesawat udara berkenaan.

Kata Park, tiada sesiapa benar-benar faham perasaan dihina dan diperlekehkan seperti itu melainkan pernah mengalaminya sendiri.

“Selepas dimarahi dia dipaksa melutut di depan Cho yang kemudian menjerit supaya penerbangan itu dihentikan.

“Saya tidak berani melawan kerana dia anak pemilik Korean Air,” katanya.


Park kemudian terpaksa meninggalkan pesawat dan pulang ke Korea Selatan menaiki penerbangan lain.

Katanya, pegawai syarikat penerbangan itu kemudian datang ke rumahnya dan mendesak supaya insiden itu dilupakan.

Pada awalnya, Korean Air mempertahankan tindakan Cho kerana mendakwa dia bertanggungjawab terhadap mutu perkhidmatan disediakan di dalam penerbangan dalam kapasitinya sebagai naib presiden syarikat.

Syarikat itu kemudian memohon maaf atas kejadian itu.

Kerajaan kini menyiasat sama ada perbuatan Cho – yang juga bakal mewarisi harta bapanya – melanggar peraturan keselamatan apabila mengarahkan kapal terbang itu berpatah balik ke New York.

Jumaat lalu, Cho dilihat tunduk meminta maaf di depan wartawan sebelum berjumpa pegawai pengangkutan kerajaan.

Bapanya juga mengadakan sidang media dan meminta maaf “sebagai ayah dan ketua Korean Air.”

Ini bukan kali pertama keluarga Cho mendapat perhatian media. Dia pernah dipenjara tujuh bulan apabila dikaitkan dengan skandal berkaitan cukai dan penipuan pada lewat 1990-an. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=yp_9h2m7SO0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori