• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak-Anak Pesan ‘Jangan Tersasar Dari Landasan’

oleh Ahmad Albab
16/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Saat terdetik di hatinya untuk membuat kemunculan kembali ke dunia hiburan setelah 15 tahun menyepikan diri, anak-anak menjadi individu pertama dikhabarkan penyanyi dangdut, Amelina.

Lantas ujar Amelina, mereka berpesan agar tidak tersasar dari tujuan utama iaitu kembali memeriahkan industri nyanyian tempatan.

Memetik kenyataan pelantun Didadaku Ada Kamu itu dalam temubual dengan Astro Awani;

“Pertama sekali saya jelaskan pada anak-anak, saya perlu beritahu apa sebabnya saya menyanyi semula.

“Alhamdulillah mereka semua faham dan turut berpesan agar jaga diri serta tidak tersasar daritujuan utama kembali ke bidang ini. Pesanan itu yang saya pegang.”

Empunya nama penuh Norazlina Amir Sharipuddin bagaimanapun enggan mendedahkan faktor utama keputusannya membuat kemunculan semula atas alasan terlalu peribadi.

Amelina_Cinta

Amelina turut akui, detik pengunduran dari industri dibuat setelah dia berkahwin tanpa mendapat restu keluarga.

“Benar, kalau ikut logik siapa akan tinggalkan kerjaya ketika berada di kemuncaknya. Saya tak mahu terlalu fikirkan kenapa. Saya reda dan apa yang terjadi ini suratan Ilahi.

“Tapi saya bangga, sepanjang 15 tahun menyepikan diri, Tuhan beri saya peluang untuk membesarkan sendiri enam anak di hadapan mata.”

Bercerita lanjut tentang kehidupan terkini, ibu kepada enam cahaya mata itu kini sibuk mempersiapkan diri bagi melancarkan ‘remake’ lagu yang memuncakkan namanya sebagai ikon dangdut tanahair iaitu Rindu. – MYNEWSHUB.CC

Video Temu Bual Amelina Bersama Pak Nil dan Kejutan Kemunculan Rakan Baiknya, Erra Fazira

Tags: Aznil NawawiErra Fazirapenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pijak Al Quran – Pastikan Hukuman Setimpal, Maaf Sahaja Tidak Cukup 

Pijak Al Quran – Pastikan Hukuman Setimpal, Maaf Sahaja Tidak Cukup 

01/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Artis senior tanah air, Aznil Nawawi, menggesa Kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap seorang lelaki yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd