• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Dijangka Hingga Khamis

oleh Ahmad Albab
14/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan, Sarawak dan Labuan dijangka berterusan sehingga Khamis ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata angin kencang dan laut bergelora itu mencapai kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dalam tempoh itu.

Di samping itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur juga terdedah kepada kenaikan paras air laut sehingga esok.

Angin kencang timur laut dan laut bergelora kategori kedua dengan kelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter pula dijangka berterusan di kawasan perairan Sabah, Labuan, Miri, Sarawak, Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan sehingga Khamis ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri dan rekreasi laut, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Cuaca
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

29/05/2025
0

MAKKAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji...

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

29/11/2024
0

Kuala Lumpur : Faktor cuaca dan kecuaian pemandu antara punca utama kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (KPKP) terbabas Kilometer (KM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd