• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amah Filipina Mati Dibaham Singa Peliharaan Majikan

oleh Ahmad Albab
17/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Polis kini sedang melakukan siasatan terhadap seorang majikan di Kuwait setelah orang gajinya, seorang warga Filipina, meninggal dunia dipercayai kerana digigit singa peliharaan individu tersebut.

Menurut sumber, majikan itu membawa amahnya ke hospital selepas wanita itu mengalami kecederaan parah, namun memaklumkan kepada doktor, amahnya digigit anjing.

Tetapi, hasil siasatan lanjut oleh pihak hospital mendapati, wanita itu sebenarnya digigit singa, lantas kes tersebut dilaporkan kepada polis.

Lanjutan terhadap kes itu, pihak polis menahan dan menyoal siasat suspek yang kemudiannya mengakui, mangsa sebenarnya digigit oleh seekor singa peliharaannya.

481694616

Kes tersebut dimaklumkan kepada pendakwa raya yang mengambil tindakan membuka kertas siasatan.

Memetik sumber dari berita Filipina, amah tersebut bernama Lourdes Abujuela. Setelah mendapat rawatan selama beberapa hari, Abujuela dibenarkan pulang ke rumahnya.

Walau bagaimanapun, seorang rakan Abujuela memberitahu, selepas beberapa hari, wanita itu mengalami sakit kepala dan dihantar semula ke hospital oleh majikannya. Kali ini, dia tidak dapat diselamatkan.

Bagi individu-individu kaya di negara Teluk, memelihara haiwan seperti singa dan harimau merupakan satu lambang status walaupun ia dilarang kerana berbahaya terhadap orang awam, juga haiwan itu sendiri. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Filipinameninggal duniasinga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd