• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alvin Tan, Ali Abdul Jalil Diminta Serah Pasport – Imegresen

oleh Ahmad Albab
11/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Blogger kontroversi Alvin Tan dan aktivis politik Ali Abdul Jalil diminta hadir di Jabatan Imigresen Malaysia atau Pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat untuk menyerahkan pasport masing-masing yang dibatalkan pada Isnin.

Jabatan Imigresen Malaysia mengeluarkan kenyataan hari ini meminta mereka berdua menyerahkan pasport Malaysia antarabangsa masing-masing A28945390 milik Ali dan A32765005 milik Alvin Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee.

Penarikan pasport Tan dan Ali adalah kes pertama dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata, pasport adalah hak milik kerajaan Malaysia dan ia boleh ditarik balik pada bila-bila masa dan jabatan itu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada mereka yang menghina mahkamah, Islam dan Raja-Raja.

Tan melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan perlindungan politik dan mengelak daripada ditahan pihak berkuasa di Malaysia atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan termasuk di bawah Akta Hasutan kerana mempersendakan agama Islam dan bulan Ramadan serta mempersendakan institusi Beraja melalui laman Facebooknya.

Ali pula melarikan diri ke Sweden bagi mendapatkan perlindungan politik. Ali berdepan tuduhan menghasut kerana menghina institusi Raja di negara ini melalui laman Facebooknya. – BERNAMA

Tags: Alvin TanPASPORT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia

Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia

06/11/2025
0

PASPORT MALAYSIA ANTARA TERKUAT DI DUNIA, TANGGA KETIGA RANKING 2025 Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR, 5 Nov — Pasport Malaysia kini...

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

23/10/2025
0

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pasport milik menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd