• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aisyah Tak Mahu Tumpang Populariti Aliff Aziz

oleh Ahmad Albab
11/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bekas peserta program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013), Aishah Azizi enggan melakukan kolaborasi dengan abangnya, penyanyi Aliff Aziz kerana tidak mahu dikatakan cuba menumpang populariti pemuda itu.

Aisyah bersama abangnya yang telebih dahulu mencipta nama di Malaysia, Aliff Aziz.
Aisyah bersama abangnya yang telebih dahulu mencipta nama di Malaysia, Aliff Aziz.

Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aishah Aziz, 20, berkata, dia mahu mencipta nama sebagai penyanyi atas usahanya sendiri dan bukannya kerana dia adalah adik kepada Aliff.

Rasanya perancangan untuk berduet dengan Aliff bukan cadangan sesuai buat masa ini kerana dia berada di tahap yang lain dalam industri.

“Tambahan pula saya tidak mahu dikatakan cuba menumpang popularitinya dan adalah lebih baik sekiranya saya berusaha sendiri untuk berjaya,” katanya kepada mStar Online.

bh_20140116_fghf_917413

Dalam pada itu, Aishah berkata, itu tidak bererti dia tidak mahu bekerjasama dengan Aliff sebaliknya memberitahu akan berbuat demikian selepas namanya semakin kukuh.

“Biarlah nama saya kukuh terlebih dahulu dan baharu fikir untuk berduet dengan Aliff. Bukan tidak mahu cuma belum masanya.

“Tapi kami ada bercakap mengenai hal ini tetapi ia lebih kepada perbincangan adik-beradik sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, Aishah berkata, tahun 2015 bakal memperlihatkan karier nyanyiannya akan kembali rancak apabila dia bakal muncul dengan single terbaharu.

Jelas Aishah, dia juga berharap dapat merakamkan album penuh namun akan memberikan fokus kepada penghasilan single terlebih dahulu.

“Insya-Allah 2015 bakal menjadi tahun yang baik untuk karier saya selain single terbaharu juga akan dilancarkan,” katanya. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=oNzkv2yyTIQ

Tags: selebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Pasangan Artis Dicekup Berkhalwat?

Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

09/03/2024
0

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di lokasi dua selebriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd