• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia QZ8501: Kejutan Besar Buat Tony Fernandes

oleh Ahmad Albab
30/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat itu masih tiada jawapan terhadap apa yang berlaku kepada pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang pagi Ahad.

Bercakap pada sidang media di Surabaya, Indonesia, beliau berkata sebelum pesawat Airbus A320-200 untuk perjalanan ke Singapura itu berlepas, pesawat itu dalam keadaan baik dan telah menjalani penyenggaraan seperti dijadualkan pada November.

“Ini satu kejutan besar kepada kami…sukar dipercayai,” kata Fernandes yang kelihatan suram pada sidang media itu yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Indonesia yang ditonton di sini.

Fernandes berkata beliau tidak mahu membuat spekulasi mengenai kehilangan pesawat itu yang membawa 162 penumpang, sambil menekankan bahawa “kita tidak tahu apa yang silap’.

Hartawan penerbangan Malaysia itu berkata beliau menyerahkan kepada pasukan operasi mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat berusia enam tahun itu yang berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi tetapi terputus hubungan dengan kawalan trafik udara Indonesia pada 7.24 pagi.

Pesawat itu dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi waktu tempatan.

Penumpang pesawat itu terdiri dari 155 rakyat Indonesia, Korea Selatan (3),Singapura (1), Malaysia (1), Perancis (1) dan Britain (1).

Fernandes berkata keutamaan syarikat itu sekarang ialah menjaga kebajikan waris terdekat penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.

Dalam satu siri tweet sebelum ini, beliau berkata: “Saya, sebagai CEO kumpulan anda, akan bersama menempuh detik sukar ini. Kita akan menempuh pengalaman pahit yang dahsyat ini bersama-sama”.

Fernandes berkata beliau terharu kerana mendapat sokongan yang terlalubanyak terutama daripada syarikat penerbangan lain di atas insiden tersebut.

“Ini igauan paling buruk bagi saya,” kata usahawan itu sebelum berlepas ke Surabaya “tempat asal kebanyakan penumpang dan pegawai pengurusan AirAsia Indonesia”. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

Tags: AirAsia IndonesiaTONY FERNANDES
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

24/05/2024
0

Ketua pegawai eksekutif Capital A Bhd, Tony Fernandes membidas Facebook kerana membiarkan video palsu mengenainya menjadi tular. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Tony Fernandes Baca Buku Akhlak Nabi Muhammad SAW

24/04/2020
0

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mencetuskan kekaguman di Instagram apabila beliau berkongsi gambarnya ketika sedang membaca...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd