• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aik.. Selebriti Tukar Kerjaya Jadi Supir?

oleh AK-47
14/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESTI anda tertanya-tanya gerangan artis manakah yang tiba-tiba menukar kerjaya menjadi ‘supir’ atau pemandu ini? Sudah tiada tawaran ke?

Hah, jangan salah faham kerana selebriti tanah air kita sebenarnya terlibat dalam satu aktiviti amal anjuran Uber bagi mengumpul dana secara besar-besaran untuk disalurkan kepada 31 badan amal.

Dengar-dengarnya seramai 52 selebriti telah berbesar hati mengambil bahagian menjadi ‘supir’ terhormat bagi membantu golongan memerlukan.

Antaranya Yasmin Hani dan suami Shaarin Razali, Afdlin Shauki, Lisa Surihani, Yusry KRU, Dynas Mokhtar, Sazzy Falak, Kudsia Kahar dan Nash Idrus.

1 2 3 4

Buat para peminat pula, pastinya ini detik keemasan yang tak akan dilepaskan untuk beramah mesra dengan artis kegemaran.

Menerusi peluang inilah, peminat diberi peluang menggunakan perkhidmatan Uber seterusnya menjadi ‘bos’ kepada selebriti yang membawa mereka berjalan-jalan menaiki kereta tajaan Volkswagen mengelilingi Kuala Lumpur.

Perkhidmatan ‘supir’ oleh selebriti ini berlangsung sekitar jam 10 pagi sehingga 5 petang, semalam.

81418387739_295x200

Aktiviti amal ini dijayakan oleh Uber bersama syarikat pengeluar kenderaan terkemuka Volkswagen.

Uber, syarikat berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat menawarkan perkhidmatan pengangkutan menerusi aplikasi telefon pintar sejak 2009 di lebih 200 bandar raya serata dunia.

Perkhidmatan Uber telah dilaksanakan pada di Kuala Lumpur pada Oktober tahun lepas secara atas talian melalui laman sesawang www.uber.com/cities/kuala-lumpur.
– MYNEWSHUB.CC

VIDEO LISA SURIHANI KENA PANGGILAN HANGIT

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anak-Anak Pesan ‘Jangan Tersasar Dari Landasan’

Next Post

Tunku Jalil Selamat Jalani Pembedahan, Kini Stabil

Related Posts

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

Polis Tahan Tiga Lelaki, Rampas 936 Ayam Sabung Baka Filipina Tanpa Lesen

Polis Tahan Tiga Lelaki, Rampas 936 Ayam Sabung Baka Filipina Tanpa Lesen

28/07/2025
0

Kuala Lumpur: Tiga individu termasuk dua warga asing yang didapati menyimpan ayam sabung baka dari Filipina tanpa lesen sah ditahan...

Next Post

Tunku Jalil Selamat Jalani Pembedahan, Kini Stabil

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd