• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

80 Batang Gigi Dikeluarkan Dari Rahang Budak Lelaki

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Mumbai – Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menjalani pembedahan selama empat jam bagi membuang 80 batang gigi yang tumbuh dalam rahang atas mulutnya.

Keadaan berkenaan hanya disedari oleh doktor selepas budak itu mengadu kesakitan di bahagian tersebut.

Budak itu dikenalpasti mengalami Odontoma iaitu sejenis tumor yang memberi kesan kepada gusi atau rahang dan menyebabkan pertumbuhan gigi.

Menurut doktor di hospital berkenaan, budak itu mendapatkan rawatan di situ sejak lima hari lalu dan selepas pemeriksaan dilakukan, pasukan perubatan menemui 80 batang gigi.

“Ia merupakan keadaan yang jarang berlaku pada usia berkenaan,’’ kata doktor terbabit.

Julai lalu, doktor di India telah membedah seorang remaja berusia 17 tahun yang mengalami penyakit sama.

Pembedahan selama tujuh jam itu berjaya membuang 232 batang gigi di rahangnya.

Gigi berkenaan terpaksa dibuang kerana ia dikhuatiri boleh menyebabkan kesakitan dan jangkitan.

https://www.youtube.com/watch?v=WV3QuEbfIh8

Tags: Indiakanak-kanak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd