Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

9 Askar Direman Bantu...

JOHOR BAHRU - Sembilan anggota tentera direman tujuh hari bagi membantu siasatan satu...

Tular Lelaki Mengamuk Di...

SEREMBAN : Seorang lelaki dirakam menimbulkan kekecohan di atas jalan raya dengan mengamuk...

Joy Revfa Mahu Bersihkan...

PENGASAS kosmetik dan isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa memohon kepada...

Kes Klip Video Seks...

DICEKUP... Penyanyi kontroversi, Namewee mendakwa ditahan polis selepas hadir beri keterangan berhubung klip...

8 Anggota RAMD Terlibat Kemalangan Di Lahad Datu Stabil

TAWAU – Lapan anggota Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lahad Datu,dekat sini semalam dilaporkan stabil.

Timbalan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Brig Jeneral Subari Tomo berkata tujuh anggota dirawat di Hospital Lahad Datu dan seorang di Hospital Tawau.

Anggota yang dirawat di Hospital Tawau, Mohamad Hardi Hafiz Othman telah menjalani pembedahan hari ini dan doktor memaklumkan beliau dalam keadaan stabil,” katanya kepada Bernama hari ini.

Subari berkata tujuh anggota lain hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.


Kejadian 10.30 pagi itu, mengorbankan seorang anggota RAMD apabila trak yang dinaiki 23 anggota rejimen itu, terbabit dalam kemalangan jalan raya di KM4, Jalan Tengah Nipah-Lahad Datu.

Koperal Mohd Farouk Baha, 28, dari Yong Peng, Johor meninggal dunia pada 11.15 pagi semalam di Hospital Lahad Datu.

Jenazah Mohd Farouk diterbangkan ke Tawau pagi ini, sebelum ke Kuala Lumpur untuk dibawa pulang ke kampungnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori