Tujuh buah kapal dari Unit Keselamatan dan Penyelamat Basarnas dan dua helikopter Indonesia akan melakukan misi pencarian pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.
Memetik laporan daripada Berita Harian, Timbalan Operasional Basarnas, Mayjen Tatang Zainudin yang berkata, operasi akan tertumpu di sekitar Pulau Belitung atau kemungkinan di Pontianak, Kalimantan.
“Singapura juga sudah mula menghubungi. Kita mengalu-alukan bantuan antarabangsa untuk misi mencari pesawat yang hilang ini,” katanya.
Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia, Basarnas,  telah dimaklumkan menerima laporan bahawa pesawat Airbus AirAsia QZ8501 telah terputus hubungan pada jam 6.17 pagi (7.17 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah-MYNEWSHUB.CC
Oleh:hzqahmd